Kembara to Penang: Final Series
Setelah berakhir final exam, leh jugak blog ni diupdate)
Bersamung dari post sebelumnya, Kay dengan Reuk ditinggalkan di belakang tatkala yang len sibuk layan corner baring. Setelah bercantum balik konvoi nih, baru tau rupanya Kay ni rabun malam. Padan la slow ja dia bawak. Reuk pulak menampakkan ketensenan sebab dia tak dapat join race layan corner.
"Aku ni nasib teringat si Kay ja. Kalu dak, aku hambat dah hangpa kat depan"
Selesai isi minyak, perjalanan diteruskan ke Pusat Bandar. Jalan ke sana lebey kurang cam jalan yang cornernya sedap sebentar tadi, cuma yang ni still under constructions. Dah la gelap, tar tak abes. Aku nyaris terbalik pasal layan tak ingat dunia. Si Kay lak nyaris terbabas ke dalam gaung. Da sampai kt Pusat Bandar, tunggu depan McD sebelah USM, Mamoo mai ambik bawak pi rumah.
"Malam ni aku bawak hangpa pi pekena Nasi Kandaq baik punya. Aku ajak Fabis sekali."
Pukul 1 pagi, dengan disertai Fabis, Mamoo angkut p kedai Nasi Kandaq feveret dia. Fabis pon feberet sama kedai tu. Bajet grand la kedai nasi kandaq tu, pasai Mamoo kata pukui 1pagi, orang dok beraris tunggu giliran sampai ke jalan. Alih-alih, kedai biasa ja, kat bangunan lama. Tapi betoi cakap Mamoo, orang beratur panjang gak. Cuma tak sampai ke jalan lagi. So kira bernasib baik la kami nih.
Aku macam biasa, kalu makan kat kedai nasi kandaq ni, pilih lauk kena ati-ati pasai mahai. So aku decide untuk ambek lauk telur sotong + kuah campur-campur. Yang len pon ikot ambek lauk telur sotong + lauk feveret masing-masing. Fabis ja ambik lauk daging pasai dia cakap daging tu lembot n sedap. Awat hang habaq lewat sangat Fabis. Kalu dak aku dah ambik lauk daging. Si DaRkPeAcE lak, bru 1st time makan nasi kandaq, dia taram lauk macam ambik kt kedai Pak Ali. Bila bil da sampai, + air sekali, jumlahnya mencecah RM10...!!!! Perkara tu menyebabkan penyesalan yang tak berkesudahan.Mungkin tu yang pertama dan terakhir kalinya dia makan nasi kandaq. Sabar...
Esoknya, Fabis telah diberi tugasan oleh Mamoo untuk bawak kami shopping ke pusat shooping yang terbesau kat Penang. Nama pusat tu pon dah tak diingati. Kerana hasil daripada shopping tu hanyalah sebijik rubik yang berharga RM 30 cuma. Purchase by FiReBoLt. "kalu aku tau camni la hasil dia, bawak hangpa pi kedai mainan ja. Tak payah penat berjalan dalam shopping complex tu." Fabis mengomel.
(Kereta Fabis menggantikan moto-moto yang 'penat' seharian kelmarin)
(makanan tengah ari = Nan Cheese.. Ntah btoi ka dak ejaan ni)
(lorong hapa ntah si Fabis ni bawak kami pi shooping)
(poning den.. baju mana nak pilih nih...)
(Selamat tinggal penang.. Aku nyaris2 tak dapat nek feri pasal trlepas ke belakang)
(Feri oh feri.. nasib bek aku sempat nek badan ang.. hahaha)
(ngacau ja tangan DaRkPeAcE nih..)
(ReUk sanggup tak turun dari moto n lepak2 sebab dia nak ngorat awek tudung pink tu.. maka ditunjuknya ke'macho'an dia atas motonya.. malangnya awek tu tak layan sebab dia nak balak nek Honda CBR, bukannya RXZ cabok.. Nombot henpon pon tak dapat.. kesian)
Setelah selesai segala urusan. Pukul 5 petang, bertolak kami balik menaiki feri. Selamat tinggal Penang. Tenkiu very much to Mamoo n Fabis kerna menjadi guide tour sepanjang 2 ari kami di sana.
0 Responses to Kembara to Penang: Final Series
Post a Comment