Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Kembara ke Cameron Highlands [3]

⊆ 11/02/2009 12:49:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Pagi pukul 5.30, aku terbangun disebabkan sejuk yang melampau, pundi kencing da penuh dowh. Rupanya FiReBoLt conquer kain selimut, patut la aku sejuk kecipanan. Tak guna betoi dia. Dah la conquer katil, conquer kain selimut lagi. Bila aku tengok kat bawah katil, Nampak cam ada lembaga hitam tengah baring. Cuak betoi, macam hantu. Rupa-rupanya tu adalah DaRkPeAcE yang tido atas lantai. Buat suspen betoi la.

Turun sarapan, kemas bilik dan check out, perjalanan diteruskan ke ladang teh Bharat. Jalan ke ladang teh tu memang sedap, corner mantap, tapi satu ja tak best, sejuukkk!!


Corner kat Cameron memang masyuk. Selalunya DaRkPeAcE akan lead



Sebelum sampai ladang teh, hinggap kat tanah rata dulu. hehehe



Ladang yang luas, merangkumi 2 bukit. Patah pinggang woo kalu nak petik daun dua bukit.


Daripada mat rempit menjadi mat bunga.. peewwwiittt!!!!



Alkisah la, sewaktu gerombolan ini mendaki bukit menuju ke masjid, ada moto ni mati time daki tu. Tuan moto tu bajet kuat nak tahan dengan sebelah kaki. Resultnya, kasut tecabut, malu pun dapat. Ada dua tiga budak yang menyaksikan kejadian tersebut buleh pulak bersorak "yeay yeay, abang jatuh.. yeay yeay abang jatuh." Hahahahaha


kesan-kesan jatuh. brek klac patah, coverset calaq, paling penting, PRIDE jatuh, hancur lebur.. hahaha


Abis kejadian jatuh tu, perjalan diteruskan ke Kasimani Strawberry Farm. Budak-budak ni tertanya-tanya pehal la aku nak sangat ke ladang ni. Ladang strawberry len banyak lagi kot.



Mat rempit ke mat bunga.. last-last jadi mat pasu.. hahaha



Siot.. sini tak leh petik strawberry sendiri.. leh tengok ja.. adoi la..



Jawapan kepada soklan kenapa aku nak sangat mai ladang kasimani ni adalah sebab AISKRIM dia... sori la, tak sempat snap gambaq sebab aiskrim dia abis aku sental.. dalam orang dok shopping strawberry ni, ada jugak yang beli tomato kechek.. ish3


Perjalanan kemudian diteruskan ke ladang lebah. On the way pi sana, ada sekatan polis. Dan seperti biasa, moto FiReBoLt mesti kena tahan dengan polis punya. Biasa la, penunggang tak berdisiplin. Ada ja benda salah yang dia wat. Tunggu masa nak kena saman ja. Hahahaha.. Actually, ladang lebah yang mesra pengguna (open) ada kat jalan ke tapah, tapi sebab jauh sangat, kami pilih untuk pi ladang lebah kat kampung raja sudey.. Yang best kat ladang lebah ni, dia sediakan 3 tong madu lebah free.. sapa nak, bleh ambik straw yang disediakan, tadah kat pili dia pastu isap.. padan la aku tengok ramai pelawat dok isap straw.. aku ingat semua dah gila ka hapa, tapi ada madu free rupanya.. namun yang tak bestnya, madu tu nak keluaq dari pili tu lambat sungguh.. setitik pun mau 10 saat baru dapat...


Lebah Apis Dorsata ni ada bau-bau bacang dengan DaRkPeAcE a.k.a. Apis Topi... DaRkPeAcE nangis terharu jumpa moyang sebelah mak nenek laki mak tiri angkat dia.. hahaha



Nampaknya Ladang lebah la checkpoint last sebelum meneruskan perjalanan balik ke kampus tercinta. Time balik tu, singgah jap kat signboard Welcome to Cameron Higlands dulu.


Kesedaran tentang kebersihan oleh rakyat Malaysia masih lagi kurang. Ada ka patut pi buang pampers siap dengan taik yang berwarna itam kat dalam longkang yang mengalirkan air bukit yang jernih dan segar tu..??!!! Kurang ajor betoi.. mangkok sialan jimbet itu manusia..



At last, selamat tinggal kepada Cameron Highlands yang memberi ratusan kenagan kepada kami berempat sepanjang dua hari satu malam.. Tak lupa jugak tribute kepada Deen yang 1st time jalan jauh, redah ujan dan sebagainya.. Walaupun kecewa sebab tak dapat travel sepenuhnya dan tak ramai members yang dapat join, asalkan plan dapat execute, itu sudah memadai.. Nantikan journey ke Genting Highlands pada 21/11 nanti.. yeeaahhh…!!!


FAREWELL, CAMERON HIGHLANDS..

 

Kembara ke Cameron Highlands [2]

⊆ 10/21/2009 01:29:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Sambung daripada posting lepas, bila dah sampai kat sempadan, minyak moto Deen dah takat merah. Tapi pekan Brinchang, stesen minyak terdekat jauh lagi, dalam 20KM. So dengan tawakal yang tinggi, konvoi pon jalan ja sampai moto berenti sendiri. Bila dah masuk Kampung Raja, jalan sedikit jammed, sesak dan sempit plus berbukit. Beberapa kali jugak Deen brek mengejut sebab ikut belakang kereta rapat sangat. Kereta plak men tekan brek suka ati dia ja.

Namun, sampai di 1 pekan tu, kesejukan sampai ke tulang sumsum ni tak dapat nak tahan dah. Semua pakat berenti tepi jalan, nak ilangkan kramp dan sejuk. Yang pakai kasut bukak kasut dengan stoking, yang pakai baju selai selimut dengan kain tuala nak bagi panas balik. Aku pulak ambik inisiatif ronda ke kawasan berdekatan, cari kedai makan. Lapaq tahap cipan tak makan seploh ari nih. Dah la tak sarapan pagi, pukul 4 petang, perut still tak isi apa-apa lagi.

Rupa-rupanya kedai makan ada depan sikit ja. Tapi yang tak bleh blahnya, salah seorang pelayan dia nampak cam pondan (lelaki menjadi perempuan). Dah la pakai tudung, mekap tebai lak. Aku perasan time nak order teh panas.

”Kak, bagi teh panas satu.”

”Ok, bungkus ke minum?” (dengan suara yang dalam n garau)

”Wei Deen, ko agak la, waiter tu laki ka pompuan?”

”Ntah la, aku usha tengok, ada ’barang’. Tapi apsal suara dia lain macam ja?!”

Nak makan pon tak lalu bila dah jadi camtu. Tapi lapaq punya pasal, bedal je la. Kang kebulor tengah jalan lak. Tapi lauk kedai tu leh tahan gak sedap dia. Harga makan pun murah, RM 4 ja.

Ni la kedainya. Memang takkan singgah lagi kedai ni. Horror beb.


Muka - muka kesejukan. Basah 80% + angin sejuk. Siap keluar asap dari mulut lagi. Macam duduk kat oversea.


Nasib kami baik sebab terserempak dengan Mat Pa and the gang yang naik kereta. Maka ditolongnya menempah akan rumah rehat untuk kami, dekat ja dengan bilik rehat rombongannya, 1malam RM80 + Astro. Layan ja la. Mula – mula bajet nak tido kat masjid, nak saving. But pikir balik, sejuk nikmat, nak mandi air panas, nak tengok tv so accept ja decision duduk kat rumah rehat.


Malam tu ada 3 orang yang gila sticker. Moderator tak termasuk sebab dia tak layan sticker-sticker murahan ni. Hahaha. (Sebenarnya dia plan nak tukar cover set, so rugi ja beli sticker awal-awal). Maka ada la beberapa sticker yang sempat di snap tatkala upacara minum malam / pemanas badan.




Deen mengaktifkan mata "sharingan" dia kepada penulis kerana penulis kutuk stiker dia kaw2 punya. Kesudahannya, penulis terbaring kesejukan dek "mangekyo sharingan" beliau

Suasana malam di Cameron Highlands. Banyak kedai dah tutup. Angin malam dia sejuk, sampai keluar asap dari mulut kalu tengah cakap. Macam kat oversea.


FiReBoLt sakit perot, teroverdose nescafe time upacara pemanas badan.


Abih ja meronda kat pekan Cameron yang sejuk tu, kami ambik keputusan untuk balik ke bilik. Sok nak jalan jauh lagi ni. Malam ni Astro da crita best + katil yang sedap dan empuk + kain selimut tebal yang memang syok time sejuk-sejuk ni. Malam tu semua tido lena, kecuali DaRkPeAcE yang menahan marah kat FiReBoLt disebabkan dia conquer katil, DarkPeAcE tak leh tido atas katil. Last - last landing atas lantai la jawabnya. Tak berbaloi bayar sorang RM 20 but the result is tido atas lantai.

 

Kembara ke Cameron Highland [1]

⊆ 10/18/2009 07:20:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Malam jumaat, FiReBoLt pm aku, “woit, jom pi Cameron Highland sok.”

“Leh gak, sok cuti. Nak ajak sapa lagi?”

“Ajak la DaRkPeAcE ka, MaMaT ka.”

“StOpi camna?”

“Dia exciden, moto dia rosak.”

“So, takkan 3 orang ja?”

"3 pon 3 la. Nanti aku roger yang len.”

Dipendekkan cerita, DaRkPeAcE setuju dengan plan ni. Tapi MaMaT tak dapat join. Alasan dia ”Moto aku tu eksiden banyak kali. Banyak tempat nak kena setting.” Kesian kat hang MaMaT, moto hang tu, dari start beli, sampai la, tak penah nak menyenangkan hang, menyusahkan hang ada la. Rosak sana, rosak sini, eksiden sana, eksiden sini. Tukaq moto baru la senang cerita. Ayat StOpi plak ”Hangpa time aku eksiden baru nak plan best-best. Time aku dengan moto dok elok tak mau plan pon.” Bajet Ayat sedih lak.

Trip kali ni beruntung kerana ada orang baru join, Deen 125 nama dia ataupun lbey dikenali dengan din wantupai. Hahaha. Deen join pon pasai dia kesunyian ditinggalkan rumate dia, Skar yang balik umah sempena cuti Deepavali. Ni 1st time Deen nak jalan jauh. Selalunya setakat Ipoh ja paling jauh dia penah sampai.

1st time jalan jauh, posing mesti hebat n mantop

Selamat mengembara ke Cameron Highland!!!

Sebelum tu, singgah solat jumaat kat masjid Simpang Pulai. Ada 1 perkara melucukan masa solat, time imam baca khutbah. Masa dia bagi salam sebelum mula khutbah, suara dia sederhana n macho. Tapi bila dia start bagi khutbah, jerit macam makmum duduk 2KM dari tempat dia cakap. Dah la duduk saf depan, speaker betoi2 depan muka. Berdesing telinga aih.



Jika tengok kat awan ujung nu, menandakan ujan yang turun adalah lebat. Namun dengan ati yang kering, kitorang redah gak. Pedulik hapa!!!

Mat-mat moto ni bukan kebal ujan sangat pon. Last2 berteduh jugak kat pondok sambil menggeletar 1 badan..

Binatang pelik yang aku jumpa time berteduh. Sapa dapat teka aku bagi adiah!!!

Time ni betul2 atas puncak bukit, memang mencecah awan. Pasal kawasan ni tak ujan, kabus ja tebal. Maknanya kitorang sedang bawak moto dalam awan!! Hebat...

At last, sampai jugak kat Cameron. Tapi ni baru sempadan Pahang. Masih ada 20KM lagi untuk sampai ke Brinchang. Deen yang kering suda sejuk separuh mati. Sampaikan nek moto pon leh kramp kaki..