JOURNEY TO PENANG: SIRI 3
Bersambung dari siri sebelumnya, selepas selesai solat maghrib+isyak, diteruskan perjalanan ke Balik Pulau.. Layan jalan tepi pantai beb, jalan yang sempit, penuh selekoh yang mencabar.. Disebabkan moderator malas nak mengarang, maka sedikit sedutan diambik dari blog FiReBoLt
Lepas makan2 di gerai...err... tak sempat nak tanya nama gerai tu, konvoi bergerak memulakan perjalanan mengelilingi Penang (Mengelilingi, tak dak shortcut). Perjalanan diteruskan ke Balik Pulau... dalam perjalanan, konvoi sempat melalui sebatang jalan berliku di tepi laut.... dalam hati ini ingin sangat nak bermain corner, apakan daya jalan amat sempit dan ada sebuah kereta di hadapan menutup jalan... terpaksalah ahli konvoi bersabar di belakang...
Sayup2 di hadapan kelihatan deretan lampu jalan berwarna oren di atas sebuah bukit....
MiNdSlAvEr: SiLeNcEr, menatang hapa kat ataih bukit nu?
SiLeNcEr: Ntah, mana aku taw... aku pon bru 1st time mai sini....
Aku bergerak ke depan...
MiNdSlAvEr: ReUk, cantik kan lampu kat ataih bukit tu, sedeghet(sederet) ja. Ada pa ataih tu haa??
ReUk: Ntah.....
Niat di hati ni ingin sangat nk tengok apa yang ada kat atas tu... Akhirnya, niat terkabul, jalan yang kami tujui melalui kawasan tu, kawasan empangan rupanya... (p/s: Ini Mamu yang cakap, kami semua tak clear dgn suasana sekeliling sebab...teruskan membaca) tetapi...sekelilingnya gelap gelita! Memang tak dak lampu!! Awalnya jalan masih lebar dan dapat dilihat pemandangan dari atas bukit, lama-kelamaan, jalan mula bertukar sempit dan hutan tebal menyelubungi kami.... cuak2!! Kalau tiba2 datang... huhu!! T_T
Sedang Kaymengepalai konvoi (sebab dia paling slow, blown engine. Refer kepada post sebelumnya untuk maklumat lanjut.. HAHA!!~~) tiba2 DaRkPeAcE bertindak memecut ke depan. Semakin lama, cahayanya semakin hilang. tak lama kemudian, baru aku perasan... jalan bukit yang elok, dengan corner memenuhi jalan sepanjang 20 km... patut la dia memecut, nk layan corner rupanya....
Hati ni tiba2 terbakar... baru terasa apa yang selama ini dirasai pakar2 bukit NSR. Melihatkan sinar cahaya DaRkPeAcE semakin malap, aku lantas menurunkan gear dan memulas throttle sehabis mungkin untuk mengejar! Semakin lama, semakin bahaya corner yang dilalui (mana taknya, masuk corner, lepas 45 darjah, terus tegakkan motor....dan corner tu masih xhabis2... Nasib baik x pulas lg throttle, kalau x...). Dalam keadaan menaiki bukit, aku terus memecut mengejar sinaran cahaya merah di hadapan.
Sayup2 lampu itu kelihatan... rupa2nya... ada sebuah proton wira di hadapan. memang patut DaRkPeAcE bergerak perlahan... namun x lama selepas itu, Wira itupun tidak kelihatan lagi dari side mirror, ghuyub... Kami terus asyik 'bermain-main' dengan corner yang xputus2 tiba. Ke kiri dan kanan, semua tenggelam dalam fokus yang mendalam. Semua sedar, sedikit kesilapan pasti mengundang padah.
Selepas beberapa ketika, perjalanan menjadi lebih berbahaya. Kalau sebelum ni hanya throttle, imbangan badan dan clutch menjadi permainan, kini 1 lagi faktor tambahan menyertai permainan ini; brek! Sebabnya, kami menuruni bukit. Perjalanan bertambah mencabar dengan kenderaan yang mula 'wujud' dari hadapan sampaikan ada beberapa ketika nyaris berlaku kemalangan... tetapi, alhamdulillah selamat....
Selepas menempuhi perjalanan yang amat mencabar dan menyeronokkan, kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan...
MiNdSlAvEr: Best kan jalan tadi!! Memang best!!
DaRkPeAcE: Best siot!! Corner tak sudah2!! Kna datang lagi ni!!
SiLeNcEr: Best2!! Tak rugi kita berjalan harini!!
MiNdSlAvEr: Nak p mana pulak pasni??
DaRkPeAcE: Ntah, jom kita tnya Kay... KAY!!! (sambil menoleh ke belakang)
Guess what... Jalan BETUL2 KOSONG kat belakang... Mana Kay?? Mana ReUk??
Begitu la sedikit sebanyak cerita berkenaan race di bukit pada malam tu.. Pengalaman paling menarik sepanjang bawak motor beb.. kalu ada rezeki, nak layan lagi, walopun nampak cam nak mati katak ja... Lastly ni pic ketika isi minyak setelah selesai layan corner kat empangan Balik Pulau...
Post untuk kali ni agak pendek disebabkan emosi moderator baru abes test.. tengah frust menonggeng dengan performance test.. AAARRRRGGGHHHH....!!!!!
0 Responses to JOURNEY TO PENANG: SIRI 3
Post a Comment