Showing posts with label fieldtrip. Show all posts
Showing posts with label fieldtrip. Show all posts

Kembara ke Cameron Highland [1]

⊆ 10/18/2009 07:20:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Malam jumaat, FiReBoLt pm aku, “woit, jom pi Cameron Highland sok.”

“Leh gak, sok cuti. Nak ajak sapa lagi?”

“Ajak la DaRkPeAcE ka, MaMaT ka.”

“StOpi camna?”

“Dia exciden, moto dia rosak.”

“So, takkan 3 orang ja?”

"3 pon 3 la. Nanti aku roger yang len.”

Dipendekkan cerita, DaRkPeAcE setuju dengan plan ni. Tapi MaMaT tak dapat join. Alasan dia ”Moto aku tu eksiden banyak kali. Banyak tempat nak kena setting.” Kesian kat hang MaMaT, moto hang tu, dari start beli, sampai la, tak penah nak menyenangkan hang, menyusahkan hang ada la. Rosak sana, rosak sini, eksiden sana, eksiden sini. Tukaq moto baru la senang cerita. Ayat StOpi plak ”Hangpa time aku eksiden baru nak plan best-best. Time aku dengan moto dok elok tak mau plan pon.” Bajet Ayat sedih lak.

Trip kali ni beruntung kerana ada orang baru join, Deen 125 nama dia ataupun lbey dikenali dengan din wantupai. Hahaha. Deen join pon pasai dia kesunyian ditinggalkan rumate dia, Skar yang balik umah sempena cuti Deepavali. Ni 1st time Deen nak jalan jauh. Selalunya setakat Ipoh ja paling jauh dia penah sampai.

1st time jalan jauh, posing mesti hebat n mantop

Selamat mengembara ke Cameron Highland!!!

Sebelum tu, singgah solat jumaat kat masjid Simpang Pulai. Ada 1 perkara melucukan masa solat, time imam baca khutbah. Masa dia bagi salam sebelum mula khutbah, suara dia sederhana n macho. Tapi bila dia start bagi khutbah, jerit macam makmum duduk 2KM dari tempat dia cakap. Dah la duduk saf depan, speaker betoi2 depan muka. Berdesing telinga aih.



Jika tengok kat awan ujung nu, menandakan ujan yang turun adalah lebat. Namun dengan ati yang kering, kitorang redah gak. Pedulik hapa!!!

Mat-mat moto ni bukan kebal ujan sangat pon. Last2 berteduh jugak kat pondok sambil menggeletar 1 badan..

Binatang pelik yang aku jumpa time berteduh. Sapa dapat teka aku bagi adiah!!!

Time ni betul2 atas puncak bukit, memang mencecah awan. Pasal kawasan ni tak ujan, kabus ja tebal. Maknanya kitorang sedang bawak moto dalam awan!! Hebat...

At last, sampai jugak kat Cameron. Tapi ni baru sempadan Pahang. Masih ada 20KM lagi untuk sampai ke Brinchang. Deen yang kering suda sejuk separuh mati. Sampaikan nek moto pon leh kramp kaki..

 

Kembara to Penang: Final Series

⊆ 5/17/2009 06:36:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Setelah berakhir final exam, leh jugak blog ni diupdate)
Bersamung dari post sebelumnya, Kay dengan Reuk ditinggalkan di belakang tatkala yang len sibuk layan corner baring. Setelah bercantum balik konvoi nih, baru tau rupanya Kay ni rabun malam. Padan la slow ja dia bawak. Reuk pulak menampakkan ketensenan sebab dia tak dapat join race layan corner.

"Aku ni nasib teringat si Kay ja. Kalu dak, aku hambat dah hangpa kat depan"

Selesai isi minyak, perjalanan diteruskan ke Pusat Bandar. Jalan ke sana lebey kurang cam jalan yang cornernya sedap sebentar tadi, cuma yang ni still under constructions. Dah la gelap, tar tak abes. Aku nyaris terbalik pasal layan tak ingat dunia. Si Kay lak nyaris terbabas ke dalam gaung. Da sampai kt Pusat Bandar, tunggu depan McD sebelah USM, Mamoo mai ambik bawak pi rumah.

"Malam ni aku bawak hangpa pi pekena Nasi Kandaq baik punya. Aku ajak Fabis sekali."

Pukul 1 pagi, dengan disertai Fabis, Mamoo angkut p kedai Nasi Kandaq feveret dia. Fabis pon feberet sama kedai tu. Bajet grand la kedai nasi kandaq tu, pasai Mamoo kata pukui 1pagi, orang dok beraris tunggu giliran sampai ke jalan. Alih-alih, kedai biasa ja, kat bangunan lama. Tapi betoi cakap Mamoo, orang beratur panjang gak. Cuma tak sampai ke jalan lagi. So kira bernasib baik la kami nih.

Aku macam biasa, kalu makan kat kedai nasi kandaq ni, pilih lauk kena ati-ati pasai mahai. So aku decide untuk ambek lauk telur sotong + kuah campur-campur. Yang len pon ikot ambek lauk telur sotong + lauk feveret masing-masing. Fabis ja ambik lauk daging pasai dia cakap daging tu lembot n sedap. Awat hang habaq lewat sangat Fabis. Kalu dak aku dah ambik lauk daging. Si DaRkPeAcE lak, bru 1st time makan nasi kandaq, dia taram lauk macam ambik kt kedai Pak Ali. Bila bil da sampai, + air sekali, jumlahnya mencecah RM10...!!!! Perkara tu menyebabkan penyesalan yang tak berkesudahan.Mungkin tu yang pertama dan terakhir kalinya dia makan nasi kandaq. Sabar...

Esoknya, Fabis telah diberi tugasan oleh Mamoo untuk bawak kami shopping ke pusat shooping yang terbesau kat Penang. Nama pusat tu pon dah tak diingati. Kerana hasil daripada shopping tu hanyalah sebijik rubik yang berharga RM 30 cuma. Purchase by FiReBoLt. "kalu aku tau camni la hasil dia, bawak hangpa pi kedai mainan ja. Tak payah penat berjalan dalam shopping complex tu." Fabis mengomel.



(Kereta Fabis menggantikan moto-moto yang 'penat' seharian kelmarin)



(makanan tengah ari = Nan Cheese.. Ntah btoi ka dak ejaan ni)



(lorong hapa ntah si Fabis ni bawak kami pi shooping)


























(poning den.. baju mana nak pilih nih...)


























(Selamat tinggal penang.. Aku nyaris2 tak dapat nek feri pasal trlepas ke belakang)
























(Feri oh feri.. nasib bek aku sempat nek badan ang.. hahaha)



(ngacau ja tangan DaRkPeAcE nih..)



(ReUk sanggup tak turun dari moto n lepak2 sebab dia nak ngorat awek tudung pink tu.. maka ditunjuknya ke'macho'an dia atas motonya.. malangnya awek tu tak layan sebab dia nak balak nek Honda CBR, bukannya RXZ cabok.. Nombot henpon pon tak dapat.. kesian)


Setelah selesai segala urusan. Pukul 5 petang, bertolak kami balik menaiki feri. Selamat tinggal Penang. Tenkiu very much to Mamoo n Fabis kerna menjadi guide tour sepanjang 2 ari kami di sana.

 

JOURNEY TO PENANG: SIRI 3

⊆ 4/25/2009 01:58:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Bersambung dari siri sebelumnya, selepas selesai solat maghrib+isyak, diteruskan perjalanan ke Balik Pulau.. Layan jalan tepi pantai beb, jalan yang sempit, penuh selekoh yang mencabar.. Disebabkan moderator malas nak mengarang, maka sedikit sedutan diambik dari blog FiReBoLt

Lepas makan2 di gerai...err... tak sempat nak tanya nama gerai tu, konvoi bergerak memulakan perjalanan mengelilingi Penang (Mengelilingi, tak dak shortcut). Perjalanan diteruskan ke Balik Pulau... dalam perjalanan, konvoi sempat melalui sebatang jalan berliku di tepi laut.... dalam hati ini ingin sangat nak bermain corner, apakan daya jalan amat sempit dan ada sebuah kereta di hadapan menutup jalan... terpaksalah ahli konvoi bersabar di belakang...

Sayup2 di hadapan kelihatan deretan lampu jalan berwarna oren di atas sebuah bukit....

MiNdSlAvEr: SiLeNcEr, menatang hapa kat ataih bukit nu?

SiLeNcEr: Ntah, mana aku taw... aku pon bru 1st time mai sini....

Aku bergerak ke depan...

MiNdSlAvEr: ReUk, cantik kan lampu kat ataih bukit tu, sedeghet(sederet) ja. Ada pa ataih tu haa??

ReUk: Ntah.....

Niat di hati ni ingin sangat nk tengok apa yang ada kat atas tu... Akhirnya, niat terkabul, jalan yang kami tujui melalui kawasan tu, kawasan empangan rupanya... (p/s: Ini Mamu yang cakap, kami semua tak clear dgn suasana sekeliling sebab...teruskan membaca) tetapi...sekelilingnya gelap gelita! Memang tak dak lampu!! Awalnya jalan masih lebar dan dapat dilihat pemandangan dari atas bukit, lama-kelamaan, jalan mula bertukar sempit dan hutan tebal menyelubungi kami.... cuak2!! Kalau tiba2 datang... huhu!! T_T

Sedang Kaymengepalai konvoi (sebab dia paling slow, blown engine. Refer kepada post sebelumnya untuk maklumat lanjut.. HAHA!!~~) tiba2 DaRkPeAcE bertindak memecut ke depan. Semakin lama, cahayanya semakin hilang. tak lama kemudian, baru aku perasan... jalan bukit yang elok, dengan corner memenuhi jalan sepanjang 20 km... patut la dia memecut, nk layan corner rupanya....

Hati ni tiba2 terbakar... baru terasa apa yang selama ini dirasai pakar2 bukit NSR. Melihatkan sinar cahaya DaRkPeAcE semakin malap, aku lantas menurunkan gear dan memulas throttle sehabis mungkin untuk mengejar! Semakin lama, semakin bahaya corner yang dilalui (mana taknya, masuk corner, lepas 45 darjah, terus tegakkan motor....dan corner tu masih xhabis2... Nasib baik x pulas lg throttle, kalau x...). Dalam keadaan menaiki bukit, aku terus memecut mengejar sinaran cahaya merah di hadapan.

Sayup2 lampu itu kelihatan... rupa2nya... ada sebuah proton wira di hadapan. memang patut DaRkPeAcE bergerak perlahan... namun x lama selepas itu, Wira itupun tidak kelihatan lagi dari side mirror, ghuyub... Kami terus asyik 'bermain-main' dengan corner yang xputus2 tiba. Ke kiri dan kanan, semua tenggelam dalam fokus yang mendalam. Semua sedar, sedikit kesilapan pasti mengundang padah.

Selepas beberapa ketika, perjalanan menjadi lebih berbahaya. Kalau sebelum ni hanya throttle, imbangan badan dan clutch menjadi permainan, kini 1 lagi faktor tambahan menyertai permainan ini; brek! Sebabnya, kami menuruni bukit. Perjalanan bertambah mencabar dengan kenderaan yang mula 'wujud' dari hadapan sampaikan ada beberapa ketika nyaris berlaku kemalangan... tetapi, alhamdulillah selamat....

Selepas menempuhi perjalanan yang amat mencabar dan menyeronokkan, kami sampai ke sebuah kawasan perkampungan...

MiNdSlAvEr: Best kan jalan tadi!! Memang best!!

DaRkPeAcE: Best siot!! Corner tak sudah2!! Kna datang lagi ni!!

SiLeNcEr: Best2!! Tak rugi kita berjalan harini!!

MiNdSlAvEr: Nak p mana pulak pasni??

DaRkPeAcE: Ntah, jom kita tnya Kay... KAY!!! (sambil menoleh ke belakang)

Guess what... Jalan BETUL2 KOSONG kat belakang... Mana Kay?? Mana ReUk??


Begitu la sedikit sebanyak cerita berkenaan race di bukit pada malam tu.. Pengalaman paling menarik sepanjang bawak motor beb.. kalu ada rezeki, nak layan lagi, walopun nampak cam nak mati katak ja... Lastly ni pic ketika isi minyak setelah selesai layan corner kat empangan Balik Pulau...



Post untuk kali ni agak pendek disebabkan emosi moderator baru abes test.. tengah frust menonggeng dengan performance test.. AAARRRRGGGHHHH....!!!!!

 

Journey to Penang : SIRI 2

⊆ 4/12/2009 01:51:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Bersambung daripada siri sebelumnya, Kay mencadangkan sebelum check-in tempat penginapan (rumah Mamoo), ada baiknya pusing 1 Penang dulu, cari pantai untuk mandi. Idea tu diterima memandangkan baru pukul 3 p.m, banyak lagi masa untuk travel. Kay pon leading la member2 ni pi pantai, yang dinamakan Pantai Shamerock. Ish, awat nama 'omputih'?? Nama melayu takdak ka...??

Ni la Pantai Shamerock. View dia leh tahan, da warong ABC (sedap wooo). Orang pon tak ramai, so bleh la mandi sambil conquer. Hahahahaha.......

Moto kita kasi rehat jap. Kesian jugak, dari pukui 10 pagi sampai 3 petang, tak berenti... Kasi enjin cool dulu...

FiReBoLt plak dok cover muka. Bajet orang tak kenai la kalu cover camtu. Dalam semua geng ni, hang sorang ja yang obesiti + tak cukup tinggi... Orang cam aih.... Hahahahaha

Dalam 5 orang ni, da sorang jadi 'kambing', tak mau mandi laut. Sapa tu, pandai2 teka la. Yang penting bukan cameraman. Dia terpaksa naik awal sebab sambung duty dia sebagai cameraman. Leceh betoi la camni...

Sekitar pemandangan Pantai Shamerock. Leh dikatakan pantai dia cun, cuma dasar dia berselut. Tak macam Teluk Batik, dasar dia berpasir, putih lak tu.

Kalu perati betul2, kat ujung tu ada warung, terlindung disebalik pokok. Kat situ la terletaknya ABC yang sodap, lemak berkrim, disukai ramai. Harga dia RM 2.00, mahal gak tapi banyak.

Mungkin pengalaman mandi kat pantai area utara akan jadi sejarah itam wat DaRkPeAcE. Time dia masyuk berenang ke tengah, kena sengat dengan obor2 lak. Nasib sikit ja kat tangan tu. Kemudian, brader yang jaga tandas kat situ suh dia kencing atas tempat kena sengat, untuk cure balik bisa. Tapi dia tak nak. Nasib bek abang brader yang bayek tu pi cari cuka, tolong tuangkan, kasi ilang pedih cam rasa terbakar tu. Sehingga sekarang(ari post ni dipublish), lengan DaRkPeAcE masih lagi bernanah. Tiap2 ari kna gi klinik, cuci luka. Hebat gak penangan bisa obor2 ni.

Mandi punya tak ingat waktu, last2 waktu maghrib da masuk. Nasib bek bermusafir, zohor dengan asar dah cover. Jadi kena wat solat maghrib n isyak lak. Di depan sana, akan menanti satu pengembaraan yang mengujakan di mana 3 orang meng'gamble'kan nyawa masing2 di atas bukit. Nak tau apa yang depa wat?? Bersambung ke siri yang seterusnya...

 

Journey to Penang : SIRI 1

⊆ 4/10/2009 10:59:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

23/4/09 8 a.m

FiReBoLt:
Wei, mana SiLeNcEr nih?? Aku nak ambik barang aku dalam bilik dia.. Aku tetinggai semalam.

Kay:
Ntah, aku tak nampak dia gak dari semalam

SiLeNcEr:
ZzZzZzZzZz...... (atas katil rumate FiReBoLt)

Nak dijadikan crita, plan awai ke Penang sdikit terganggu. Ada yang bangun lambat, ada yang tak packing 1 haprak lagi. DaRkPeAcE plak menghadapi masalah wajah. Jerawat batu tumbuh besar gilor kat pipi, sampai nak pakai helmet pon tak muat. Mula2 dia ingat nak cancel join pi Penang, tapi tak jadi sebab rugi tak join, dduk U lama2 bukan bleh wat pa pon.

8.30 a.m, baru SiLeNcEr bangun dan balik ke bilik. Bleh plak dia pi layan Kamen Rider Decade kat youtube. Kay, ReUk, DaRkPeAcE n FiReBoLt dah tunggu kat parking.

SiLeNcEr sms:
Salam,hgpa btolak dlu la. Nanti aku ligan dengan moto aku yg power tu(ckp besaq).

Kay reply:
kami sarapan kt Ameeth. tggu hg kt sna.

Konvoi kali ni, Pungik Biloba, PeAcEMakEr, PiJe_RoY n AiKiDo tak ikut sebab ada urusan lain yang perlu disetelkan. Jadi ada 5 orang saja untuk 'fieldtrip' kali ni. Tepat pukui 10 a.m,
semua ada kat Ameeth n brtolak dengan 'excited'nya ke Penang


SiLeNcEr trpaksa jadi 'cameraman' pasai official pnya 'cameraman', ReUk lupa bawak kamera, so trpaksa tangkap pkai kamera henset FiReBoLt


Gambar orang depan. DaRkPeAcE plak, memandai ja dia lead. Macam dah lama duduk kat area utara.


2 kilometer sebelum sampai susur kuar Jawi, moto Kay buat hal. Piston dia sangkut dalam blok menyebabkan enjin jammed. Melelong la moto RXZ tu, macam tengah wat burn-out + drift. Atas highway beb, nasib baik tak jatuh. Dah la kereta banyak time tu. Bila moto dah berenti, enjin mati, takleh stat pasal engkol dia takleh pusing(piston trsekat). Jadi, ditolak la moto tu ke susur keluar Jawi seterusnya ke kedai moto apek mana ntah.


Apek ni dengan tekun n dedikasinya 'meghosek' enjin moto Kay yang dah KO tu. Ada unsur-unsur hendak 'menyembelih' ja nampak...


Enjin moto Kay yang KO. Padan la tersekat, pakai blok TAK ORI rupanya. Moral, pakai barang ORI lain kali.

Dikala moto Kay sedang sibuk 'dighosek', maka ada la 3 bijik moto cuba men'capub'


moto FiReBoLt. Dah Berkali-kali dia mintak kat moderator supaya letak gambaq moto dia dalam blog ni. Untuk mengelakkan dia terus 'desperate' nak mampos, maka hamba dengan berat hatinya meletakkan gambar ni.


Moto SiLeNcEr n DaRkPeAcE. DaRkPeAcE sekarang tengah ilang RM230 stiap bulan untuk motonya.


Abes semayang n makan kat Jawi, btolak trus ke Penang. Kul 2.30 p.m, sampai la kat tol Jambatan Penang tu. Kena bayaq RM1.40, jimbet betoi. Ingat moto free.


btui2 lepas tol Penang Bridge. Cameraman cam biasa la, kena duduk belakang, snap gambaq. Boring2...


sisi Penang Bridge... Gambaq agak blur sebab time ni, cameraman tengah bawak moto + tangkap gambaq. Kira gamble nyawa jugak la. Kereta banyak kot time tu. Jatuh, naya ja kena lenyek...


Percubaan men'capub' dari FiReBoLt. Kalu anda perhatikan, dia wat tanda peace kat situ.


Dah masuk Penang. Cam Singapore la pulak Penang ni. Jalan dia plak macam jalan kat KL, 3 lorong sebelah.


Papan tanda ke Georgetown, Tanjung Bungah, n Batu Feringgi. Nak tengok dekat2, klik gambaq.


Cameraman terperangkap kat belakang moto ReUk. Moto dia keluarkan asap cam nak 'fogging' blok daripada nyamok. Sesak nafas...!!!!


Parking jap kat Tanjung Bungah. Ada ka patot si Kay tu bawak kat pantai yang kotoqnya bleh membuatkan aktivis alam sekitar mati sakit jantung..(gambar pantai yang kotoq tu tak diincludekan sebab tak mau ada yang mati sakit jantung)


Cameraman skali lagi meng'gamble' hidupnya dengan snap gambaq bas Rabbit Penang.. Eh, silap.. Rapid Penang. Penumpang bas plak kehairanan melihat ke'peghak'kan cameraman yang tak sedar diri.



So, mana pulak tujuan budak2 ni...?? Destinasi mana yang jadi pilihan pertama geng ni...?? Bersambung ke siri yang seterusnya.........

 

UTP kata pergi, PENANG kata mari...

⊆ 3/11/2009 11:23:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Untuk pos baru kali ni adalah preview kepada tempat fieldtrip kita, 23-25/3 nanti iaitu kat Pulau Pinang atau nama glamournya Penang. Jadi untuk preview ni akan diposkan beberapa keeping gambar kat Penang nun. Antaranya:-




Inilah pengangkutan laut yang masih lagi disediakan sebagai perhubungan dari seberang ke pulau iaitu feri. Mengikut cakap member aku yang study kt UiTM Penang, naik feri ni free ja, kalu dari Penang ke Seberang Perai. Kalu dari tanah besar kena cas sikit. Berapa tu dah lupa. Yang bestnya, feri ni ‘open air’ so leh la merasa angin laut masa naik feri ni.













Jambatan Pulau Pinang adalah satu jalan perhubungan bagi penduduk-penduduk kt Penang nu. Ia juga merupakan satu mercu tanda Pulau Pinang. Tapi yang tak bestnya, nak lalu, motor pon kena bayar tol. Apa da… Keta ja bayar cukup la. Jangan mintak kat motor sekali.





KOMTAR. Tempat untuk membeli belah baju, kasut,permainan dam macam-macam lagi laa.. kalo tak salah ia mempunyai 65 tingkat menempatkan pejabat-pejabat exco kerajaan negeri dan sekutu-sekutu yang sewaktu dengannya. Target kita, tangkap gambaq dengan motor berlatar belakang bangunan ni.. Hahahahaha…








Ni pulak gambar keretapi Bukit Bendera. Lagi satu tu, gambar dari atas Bukit Bendera. Rugi pi Penang tak naik Bukit Bendera. Nak merasa jugak naik keretapi warna merah putih tu. Hehehehe. Rasanya member-member kita tak pernah lagi naik keretapi sampai atas bukit.





Ni pulak kawasan pantai atau kampung nelayan kat Teluk Bahang. Tempat ni memang sesuai untuk Aikido a.k.a Jiwa Kacau a.k.a ryuga hideki melayan blues.. Hahahahaha.. Sambil main baling-baling batu kat laut nu, bleh jugak dia menjerit kuat-kuat pasai frust menonggeng..





Kalau pi Penang ni, tak sah kalu tak singgah kedai Nasi Kandaq (nasi yang paling berat di dunia, sampai kena kandaq). Banyak terdapat kat kawasan KOMTAR. Lepas kita posing sakan kat KOMTAR nu, leh la isi tangki kat kedai Nasi kandar. (gambar diatas adalah hiasan semata-mata). Lagi satu, tak sah jugak pi Penang kalau tak pekena Laksa Penang (feveret moderator), Pasemboq, ABC dan macam-macam lagi. So, kena la save duit banyak-banyak untuk fieldtrip nanti.



p/s: Apa-apa penambahan aktiviti / tempat time fieldtrip nanti bergantung pada belanjawan poket masing-masing. Sama-sama berdoa semoga kita tak pokai.. Amiiinn


Ihsan dari: InfoMalaya, forum KadazanDusun, Penang Hill