Mati katak atau MATI SYAHID??

Kita sering terbaca dalam akhbar, ramai penunggang motosikal mahu pun pengguna kenderaan yang lain terkorban akibat kemalangan di jalan raya. Persoalannya, apakah 'status' kematian mereka? Adakah mereka mati dalam keadaan beriman kepada Allah?

Kesudahan yang baik (Husnul Khotimah) adalah impian bagi setiap muslim. Mati syahid adalah impian bagi muslim yang bertaqwa. Kita selalu mendengar yang orang akan mencemuh mat motor yang mati kemalangan dengan perkataan "Hambek ko.. mati KATAK!!!" Mati katak adalah useless. Jadi bagaimana untuk mengelak mati katak tapi mahu memperoleh mati yang mulia iaitu mati syahid??

Menuntut ilmu adalah suatu bentuk jihad. Sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan niat ingin menuntut ilmu, para malaikat akan mengiringinya sambil menghamparkan sayap-sayap mereka, dan orang itu akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat. Seandainya dia mati dalam perjalanan, matinya itu adalah mati syahid

Hadis diatas menerangkan tentang fadhilat menuntut ilmu sehingga mana orang yang mati dalam perjalanan menuntut ilmu akan dikira sebagai mati syahid. Mudah bukan??!! Hanya betulkan niat anda jika menaiki kenderaan, maka anda akn memperoleh ganjaran syahid jika anda mati kemalangan.

Dua langkah manusia yang disukai Allah ialah langkah menuju sembahyang fardu dan langkah menuju silaturahim kepada kerabat yang mahram

Seeloknya, niat berkonvoi @ berkenderaan @ berangkat kemana-mana destinasi perlu disertakan dengan niat yang betul sama ada untuk menuntut ilmu(ke sekolah, universiti, perpustakaan) atau berziarah(balik kampung, ke rumah kawan untuk tujuan baik). Dengan niat yang baik, Insya-Allah jika berlaku apa-apa ketika perjalanan, maka kesudahan yang baik akan menemui kita. Jangan lupa pasang NIAT yang betul sebelum memulakan perjalanan!!!

 

0 Responses to Mati katak atau MATI SYAHID??