Promosi Bukit Fraser
⊆ 5/04/2010 08:57:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 1 komplen »Bagi mereka yang tinggal di kota besar, tempat pilihan pastinya kawasan yang bebas daripada kesesakan lalu lintas, malah ada yang sanggup memandu jauh keluar dari bandar untuk menghabiskan masa lapang pada hujung minggu di pusat peranginan terkenal atau berehat santai di tepi pantai.
Untuk mencari kelainan, apa kata percutian kali ini dihabiskan di kawasan tanah tinggi berudara sejuk di Bukit Fraser, Raub, Pahang yang menawarkan pelbagai tarikan untuk seisi keluarga menikmatinya.
Perjalanan menuju ke Bukit Fraser boleh memberi pengalaman baru kepada anak-anak muda untuk berpeluang melihat kehijauan hutan di negara ini, malah bagi mereka yang melalui jalan Kuala Kubu Bahru pula bakal disajikan pemandangan indah Empangan Sungai Selangor yang memukau.
Mungkin pendakian jalan berbengkang-bengkok selama kira-kira setengah jam akan merimaskan, tetapi sebaik tiba di puncak pusat peranginan tanah tinggi itu, anda akan disajikan dengan pemandangan menarik bunga-bungaan segar pelbagai warna di kiri kanan jalan, selain Menara Jam yang ada di pintu masuk utama Bukit Fraser, seakan mengalu-alukan kedatangan tetamu.
MERCU tanda jam di Bukit Fraser.
Berada pada paras kira-kira 1,524 meter dari aras laut, Bukit Fraser yang bangunannya bercirikan senibina Eropah dan cuaca sejuk yang nyaman, menyediakan pelbagai kemudahan untuk melengkapkan percutian seisi keluarga.
Anak-anak muda pula boleh mengisi masa dengan menunggang kuda di The Paddock, menunggang motosikal mini, mencuba aktiviti memanah.
Lebih menggembirakan jika menghabiskan masa bersama menaiki bot diTasik Allan, melawat taman ros, merentas hutan atau berkelah di air terjun Jeriau yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari pusat bandar Bukit Fraser. AIR terjun Jeriau yang terdapat di Bukit Fraser.
Dengan suhu purata antara 21 hingga 23 darjah Celcius sepanjang tahun dan lebih sejuk ketika malam atau musim hujan, anak-anak semestinya menimba pengalaman baru mengenali pelbagai spesis pokok hutan di Bukit Fraser termasuk pelbagai jenis orkid dan periuk kera.
Lebih istimewa, Bukit Fraser memiliki lebih 250 spesis burung pelbagai warna yang mengeluarkan bunyi menarik, malah anak anda boleh melihat dan mendengar sendiri kicauan burung terutama ketika haiwan itu mencari makanan di sekitar lokasi khas yang disediakandi Bukit Fraser.
Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) turut menganjurkan Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa setiap tahun yang secara tidak langsung mempopularkan lagi kawasan peranginan itu ke seluruh dunia.
Paling menarik, kenderaan yang menuju ke Bukit Fraser perlu mematuhi jadual perjalanan yang ditetapkan ketika tiba di pintu kawalan dikenali sebagai Gap kerana jalan sehala saja akan dibuka bagi satu-satu perjalanan bagi mengelak berlaku kemalangan berikutan jalan sempit.
Bagi mereka yang ingin memasuki Bukit Fraser, laluan jalan itu dibuka pada jam 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 petang, 3 petang dan jam 5 petang dengan setiap perjalanan mengambil masa 40 minit.
Jadual perjalanan keluar dari pusat peranginan tanah tinggi itu bermula jam 8 pagi, diikuti jam 10 pagi, 12 tengah hari, 2 petang, 4 petang dan 6 petang dan masa perjalanan juga mengambil tempoh 40 minit.
Bagaimanapun, selepas jam 7.30 malam, jalan itu akan dibuka untuk laluan kenderaan turun dan naik tanpa sebarang kawalan keselamatan.
Bukit Fraser menyediakan tempat penginapan pelbagai jenis termasuk hotel, resort, banglo dan pangsapuri dengan kebanyakan senibina bangunannya bercirikan Eropah dan kadar sewa berpatutan.
Eksiden??
⊆ 4/09/2010 11:23:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Dengan dukacita dan sedih aku mengumumkan salah seorang member kita kemalangan. Walaupun beliau tidak cedera teruk namun orang yang dilanggarnya cedera agak teruk. Berikut adalah perbualan MoD dengan kawannya @ 'spy'nya yang berada di pantai timur yang melaporkan kejadian terbabit
Spy: dia bru nk register carburid
apo cito apis tahir
cito cam bosa ja
me: mana aku taw
ko taw la
Spy: dia pnya excidant
me: ko kn setimuran dgnnya
xcident??
x gtau aku lak
Spy: habok la ang
itu pon tak tauhu..
aq dgaq drik mabeb saja
dio langgak org
motoq laen..
tp org tuh salah..
me: hebat
langgaq org
Spy: ligamen kaki putuih..
me: dia pnya ka?
Spy: org tuh mai crik sampai umah
mangsa langgaq la
me: ka org yg dilanggaq nya tuh
ooo
x plak dia gtau aku
da tu
ape cer skrg?
Spy: entah..
aq bru dgaq cite elaborate smlm ja
tuh pon mabeb cite time da nk blik
xdetails sgat
me: owh
ni post hot
kt blog
yeahhh
Gambar moto idaman kita
⊆ 2/21/2010 10:19:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Bertarikh 21/2/2010, sempena program Semarak Hijau di Ulu Bernam, Department of Art & Culture Dewan Pemuda PAS Pandan menganjurkan pameran motosikal berkuasa besar. Geng-geng semua, moto ni yang kita mau target ada lepas grad nanti. Hahahaha..
PANDUAN MENUNGGANG DENGAN SELAMAT [YAMAHA] SIRI 2
⊆ 1/15/2010 12:05:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Mat Rempit
⊆ 12/27/2009 09:27:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama. Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur. Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun. Sekatan jalan raya oleh polis trafik adalah satu cabaran yang menyeronokkan .Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata api dan kayu cota tidak dipedulikan. Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan mereka melarikan diri. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dengan parah kerana motorsikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja. Kebanyakan Mat Rempit masih lagi bersekolah dan tidak memiliki lesen memandu. Terdapat juga yang telah bekerja samaada di sektor awam dan swasta. Mereka bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, karburetor, piston, brek , handle, tayar dan lain-lain diubahsuai. Dianggarkan 70% alat ganti tersebut didapati dari hasil motor curi kerana harganya jauh lebih murah berbanding pasaran. Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh 'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal , lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri daripada remaja Melayu.
Yamaha RXZ
⊆ 12/27/2009 09:16:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »
Yamaha RX-Z 135 adalah motosikal naked 2 lejang keluaran Yamaha. Mula dikeluarkan pada tahun 1987, model RX-Z sangat popular diMalaysia dan Singapura serta menikmati salah satu jangka hayat motosikal semasa yang terpanjang di kedua-dua negara, terutamanya di Malaysia kerana kekurangan pesaing motosikal jalanan buat masa kini. Pada tahun 2004, model ini diberi nafas baru serta dipasangpenukar bermangkin.
Mula dikeluarkan pada tahun 1987, Yamaha RX-Z asalnya menggunakan transmisi 5 kelajuan dengan brek cakera tidak berlubang. Model ini berkongsi platform serta kerangka dengan pendahulunya, Yamaha RD125 sejukan cecair. Sebaik sahaja selepas pelancarannya, model RX-Z menjadi popular di kalangan penunggang muda terutamanya di Malaysia. Beberapa tahun kemudian, enjinnya telah dinaik taraf dengan pemasangan transmisi 6 kelajuan, bersama-sama papan pemuka dan suis hendal baru, di samping cakera brek hadapan berlubang.
Sejak itu, reka bentuk RX-Z tidak berubah sehinggalah tahun 2004 apabila model tersebut diberi nafas baru, dengan lampu belakang yang menyerupai Yamaha Y125Z. Model RX-Z yang diperbaharui dilengkapi penukar bermangkin, mengorbankan 1 PS daripada kuasa maksimum (Kuasa maksimum asal: 21 PS). Walau bagaimanapun, kilasan maksimum tidak berubah tetapi kilasan pada kelajuan enjin rendah sudah ditambah baik berbanding keluaran terdahulu. Beberapa pemilik motosikal RX-Z keluaran terdahulu mungkin menghadapi masalah semasa memulakan perjalanan kerana enjin mudah mati apabila penunggang kurang berpengalaman cuba bergerak dalam gear satu. Walau bagaimanapun, masalah tersebut telah diselesaikan pada model yang lebih baru ini.
Di Malaysia, motosikal RX-Z sering dikaitkan dengan gejala lumba haram Mat Rempit. Oleh itu, banyak filem Melayu termasuklah Remp-It menggunakan RX-Z dalam filem-filem tersebut.
Spesifikasi
- Enjin: Enjin 2 lejang 135cc sejukan udara
- Susunan silinder: Silinder tunggal condong
- Sesaran: 133 cc
- Kuasa kuda: 20 PS (15 kW) @ 8,500 rpm
- Kilasan: 1.85 kgf·m (18.1 N·m) @ 7,500 rpm
- Kelajuan maksimum: 165 km/j
- Lubang x lejang: 56.0 x 54.0 mm
- Nisbah mampatan: 7 : 1
- Transmisi: 6 kelajuan
- Klac: Manual berbilang plat, basah
- Jenis kerangka: Tiub keluli tetulang bawah
- Gantungan hadapan: Telescopik
- Gantungan belakang: Dua penyerap hentak
- Brek hadapan: Cakera omboh tunggal
- Brek belakang Gelendong
- Berat kering: 106 kg
- Muatan bahan api: 13.0 L
Panduan Berkonvoi[1]
⊆ 7/26/2009 01:43:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Berapa ramaikah peserta paling selamat untuk berkonvoi? Sebenarnya jumlah peserta tidak menjadi masalah jika setiap peserta mengikut peraturan berkonvoi dengan patuh .Seberapa ramai pun boleh asalkan mereka diberi panduan dengan teliti dan membuat persediaan dengan sempurna.
Namun demikian,tidak bermakna hanya peraturan sahaja boleh menjamin keselamatan,masalah akan tetap timbul kerana kita berkonvoi menggunakan jentera di atas jalan raya dan terdedah kepada pelbagai elemen yang tidak dapat kita kawal.Jika jentera hendak rosak,ia tidak memilih tempat dan ketika.Jika peserta mendapat sakit,mungkin kerana perubahan alam sekelilinh seperti suhu dan cuaca.Ini tidak dapat kita tentukan dengan pasti.Tetapi kita patut bersedia untuk menghadapinya,dan bila sesuatu yang tak diingini terjadi ,kita tahu apa hendak dilakukan.
Dari segi pengurusan dan pengendalian.jumlah yang kecil tentulah lebih mudah diatur.Dua tiga orang teman lebih mudah dikawal daripada 100 orang yang tidak mengenali satu sama lain.
Tetapi kadang-kadang dua tiga orang teman boleh juga mendatangkan masalah lebih banyakdaripada 100 orang yang tidak dikenali.Terutama jika teman-teman itu tidak jujur,tidak mahu berterus terang,lebih mementingkan diri sendiri,kedekut,berkira atau mempunyai sifat-sifat yang tidak kita gemari.Kawan rapat boleh menjadi musuh di akhir perjalanan
Jika penyertaan melebihi 10 orang,cara paling baik menjaga keselamatan ialah dengan membahagikan mereka mengikut kumpulan kecil,antara 10-15 orang dalam satu kumpulan.setiap kumpulan pula ditugaskan dengan seorang ketua dan seorang sweeper.Ketua di hadapan kumpulan dan sweeper di belakang.
Memilih ketua kumpulan.
Ada dua cara untuk memilih ketua kumpulan .Pertama kita memilih sendiri dan kedua ahli-ahli memilih dari kalangan mereka.Akan tetapi biar cara mana sekalipun diamalakan,beberapa criteria perlu diberi perhatian.
1.Usia.Pilih ketua yang agak lebih tua sedikit daripada ahli ahli kumpulan.Semoga dia akan lebih dihormati dan teguran-tegurannya diberi perhatian.
2.Pengalaman dan pengetahuan,Ketua yang lebih tua tetapi tidak ada pengalaman menunggang tidaka kan dapat menjalankan tugasnya dengan betul.Jadi pengalaman lebih penting dari usia.Pengalaman pula bukan setakat berapa lama mempunyai lessen memandu,tetapi berapa kali dia pernah mengikuti ekspidisi,atau membuat perjalanan jauh secara berkumpulan.Dia juga harus mengendalikan motorsikal dengan cara yang selamat.
Tidak pula bermakna dia mestilah sehandal pelumba professional.Kalau dia seorang pelumba sekalipun,kalau tidak pernah mengikuti sebarang ekspidisi,belum tentu dia akan menjadi seorang ketua yang baik,kecuali telah mendapat latihan khusus.Menunggang atas trek tidak sama dengan atas jalan raya,lebih-lebih lagi secara beramai-ramai.atas trek tiada lori dan bas,tiada ayam dan itik,atau orang tua-tua dan kanak-kanak yang melintas.
Sementara pengetahuan pula ialah mengenai perkara-perkara yang bersangkut paut dengan ekspidisi itu sendiri.Apakah dia tahu kemana hendak dituju dan jalan mana yang akan diambil.Apakah dia arif tentang keadaan jalan yang bakal dilalui,di mana simpang,di mana lampu trafik,di mana perlu berhenti,di mana mengisi petrol dan sebagainya.
Mati katak atau MATI SYAHID??
⊆ 6/02/2009 05:22:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Kita sering terbaca dalam akhbar, ramai penunggang motosikal mahu pun pengguna kenderaan yang lain terkorban akibat kemalangan di jalan raya. Persoalannya, apakah 'status' kematian mereka? Adakah mereka mati dalam keadaan beriman kepada Allah?
Kesudahan yang baik (Husnul Khotimah) adalah impian bagi setiap muslim. Mati syahid adalah impian bagi muslim yang bertaqwa. Kita selalu mendengar yang orang akan mencemuh mat motor yang mati kemalangan dengan perkataan "Hambek ko.. mati KATAK!!!" Mati katak adalah useless. Jadi bagaimana untuk mengelak mati katak tapi mahu memperoleh mati yang mulia iaitu mati syahid??
Hadis diatas menerangkan tentang fadhilat menuntut ilmu sehingga mana orang yang mati dalam perjalanan menuntut ilmu akan dikira sebagai mati syahid. Mudah bukan??!! Hanya betulkan niat anda jika menaiki kenderaan, maka anda akn memperoleh ganjaran syahid jika anda mati kemalangan.
Seeloknya, niat berkonvoi @ berkenderaan @ berangkat kemana-mana destinasi perlu disertakan dengan niat yang betul sama ada untuk menuntut ilmu(ke sekolah, universiti, perpustakaan) atau berziarah(balik kampung, ke rumah kawan untuk tujuan baik). Dengan niat yang baik, Insya-Allah jika berlaku apa-apa ketika perjalanan, maka kesudahan yang baik akan menemui kita. Jangan lupa pasang NIAT yang betul sebelum memulakan perjalanan!!!
Super Energy Saver: Petrol & Diesel
⊆ 2/03/2009 11:47:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »
Unique Features Of SUPER ENERGY SAVER POWER BOOSTER
It is the best lubricant for combustion engine.
It can prevent internal tank corrosion and made it more durable.
Its breakthrough technology and proven formulation are suitable for use in all type of carburetors, fuel injectors, diesel powered cars and machineries.
It improves the performance of spark plug and engine and reduces engine noise.
It is superior in quality, 100% pure and completely free of sludge.
Hence it is very economical and practical.
It can boost up the engine horsepower rapidly.
Its content will not settle or solidity and you can obtain optimum results even under cold wealther condition.
It is environmental friendly as it improves fuel economy and reduces air pollution.
Advantages & Benefits
Increase Engine Power and Performance - this can be felt immediately and will further increase driving pleasure and confidence.
Reduction in Fuel Consumption - Reduction of fuel costs = reduction in cost of living.
Reduced Carbon Deposits - with cleaner combustion chamber, the cost of maintenance will be reduced and the life-span of the car will be increased.
Reduced Friction - resulting in lower maintenance costs, a quieter and smoother engine, minimizing the interference to our car audio system.
Easy Ignition - this especially good for the engine during cold starts. It will enhance the life span of the starter and the car batteries, too.
Reduced Black Smoke - this will definitely contribute to a more environmentally friendly society.
Minimizes the risks of black smoke which most authorities are concerned about.
Petrol & Diesel Power Booster
>Terdapat sukatan kandungan power booster disisi botol.
RM35 sahaja sebotol..
ANDA BERMINAT??!!
Sila hubungi:
Aikido 019-5497275
Kay-Syafiq 013-5040108
carburiderz@gmail.com
prosedur akan diberitahu setelah dihubungi. 10% daripada keuntungan akan disumbangkan kepada PALESTIN. Jadi mari membeli sambil menderma.







