Kembali setelah lama menyepi
⊆ 12/26/2011 07:56:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »Assalamualaikum semua..
Assalamualaikum semua..

Pertama-tama dan selama-lamanya, marilah kita memanjatkan rasa syukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya, kita masih sihat bersama kekasih / motosikal yang tersayang. Namun harus diingat saat ini ada seorang sahabat kita yang menderita kerana kekasih beliau telah kehilangan hati / CDI yang telah dirembat oleh pencuri ketika mana beliau keluar bekerja atau berpraktikal di KLCC. Kejadian malang itu berlaku di rumah beliau sendiri. Kawan kita itu tidak lain tidak bukan adalah Deen WanTuPai dan kekasihnya adalah 125z.
Dengan dukacita dan sedih aku mengumumkan salah seorang member kita kemalangan. Walaupun beliau tidak cedera teruk namun orang yang dilanggarnya cedera agak teruk. Berikut adalah perbualan MoD dengan kawannya @ 'spy'nya yang berada di pantai timur yang melaporkan kejadian terbabit
Spy: dia bru nk register carburid
apo cito apis tahir
cito cam bosa ja
me: mana aku taw
ko taw la
Spy: dia pnya excidant
me: ko kn setimuran dgnnya
xcident??
x gtau aku lak
Spy: habok la ang
itu pon tak tauhu..
aq dgaq drik mabeb saja
dio langgak org
motoq laen..
tp org tuh salah..
me: hebat
langgaq org
Spy: ligamen kaki putuih..
me: dia pnya ka?
Spy: org tuh mai crik sampai umah
mangsa langgaq la
me: ka org yg dilanggaq nya tuh
ooo
x plak dia gtau aku
da tu
ape cer skrg?
Spy: entah..
aq bru dgaq cite elaborate smlm ja
tuh pon mabeb cite time da nk blik
xdetails sgat
me: owh
ni post hot
kt blog
yeahhh
Kita sering terbaca dalam akhbar, ramai penunggang motosikal mahu pun pengguna kenderaan yang lain terkorban akibat kemalangan di jalan raya. Persoalannya, apakah 'status' kematian mereka? Adakah mereka mati dalam keadaan beriman kepada Allah?
Kesudahan yang baik (Husnul Khotimah) adalah impian bagi setiap muslim. Mati syahid adalah impian bagi muslim yang bertaqwa. Kita selalu mendengar yang orang akan mencemuh mat motor yang mati kemalangan dengan perkataan "Hambek ko.. mati KATAK!!!" Mati katak adalah useless. Jadi bagaimana untuk mengelak mati katak tapi mahu memperoleh mati yang mulia iaitu mati syahid??
Berniaga adalah antara pekerjaan mulia yang dijanjikan pendapatan lumayan sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.: Sembilan per sepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Islam amat menggalakkan umatnya berusaha mencari penghasilan atau pendapatan untuk kesejahteraan hidup. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang di mana nilai hidup banyak dilihat berdasarkan sudut ekonomi seseorang.Sesuatu pekerjaan yang kita lakukan itu menjadi kayu pengukur kepada penilaian Allah. Ini ditegaskan dalam firman-Nya bahawa Allah akan menilai kamu berdasarkan pekerjaan kamu seperti dalam surah at-Taubah ayat 105. Sama ada kita sedari atau tidak, Rasulullah s.a.w. juga mempunyai semangat keusahawanan sejak kecil lagi. Baginda meminta kebenaran bapa saudaranya, Abu Talib untuk bekerja sebagai pengembala kambing bagi membolehkan baginda berdikari. Kemudiannya baginda mengembara sehingga ke Syam untuk belajar selok-belok perniagaan. Ini menguatkan lagi
Kepentingan perniagaan dalam Islam. Sabda Rasulullah, “Pendapatan yang paling baik adalah hasil usaha sendiri dan perniagaan yang bersih.” (Riwayat al-Bazzar)
Apakah teras perniagaan dalam Islam?Islam membenarkan sebarang bentuk perniagaan asalkan ia halal dan sesuai dengan syariat. Sebarang pencarian atau perniagaan yang kotor seperti perolehan melalui kezaliman dan mengambil harta orang lain seperti menipu, mencuri, mengurangkan sukatan dan timbangan adalah diharamkan.Ini dijelaskan oleh Allah dalam firman-Nya, “Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahuinya.” (al-Baqarah: 188)Satu lagi teras penting dalam perniagaan ialah sifat takwa. Merujuk kepada peristiwa pada zaman pemerintahan khalifah Umar al-Khattab semasa beliau membuat rondaan waktu malam dan melalui sebuah rumah, beliau terdengar perbualan antara seorang ibu dan anaknya.Ibunya menyuruh anak perempuannya yang masih kecil supaya mencampur air ke dalam susu supaya mereka boleh menjualnya dalam kuantiti yang biasa. Bagaimanapun, anaknya enggan kerana perbuatan itu adalah tidak amanah sambil mengingatkan ibunya akan larangan Saidina Umar supaya jangan menipu.Ibunya berkata, jangan bimbang kerana Umar tidak akan tahu kerana dia tidak ada di situ. Namun, anaknya menjawab dengan penuh yakin, kalau pun Umar tidak tahu tetapi Tuhan Umar akan tahu. Jawapan itu menyebabkan ibunya terperanjat.Inilah ciri-ciri yang kita mahu lihat ada dalam diri usahawan dan peniaga muslim. Sikap amanah begini amat dituntut dan Rasulullah bersabda, “Peniaga yang benar lagi beramanah digolongkan bersama para
Nabi, para siddiqun dan syuhada.” (Riwayat at-Tirmizi)