Panduan Berkonvoi[1]

Berapa ramaikah peserta paling selamat untuk berkonvoi? Sebenarnya jumlah peserta tidak menjadi masalah jika setiap peserta mengikut peraturan berkonvoi dengan patuh .Seberapa ramai pun boleh asalkan mereka diberi panduan dengan teliti dan membuat persediaan dengan sempurna.

Namun demikian,tidak bermakna hanya peraturan sahaja boleh menjamin keselamatan,masalah akan tetap timbul kerana kita berkonvoi menggunakan jentera di atas jalan raya dan terdedah kepada pelbagai elemen yang tidak dapat kita kawal.Jika jentera hendak rosak,ia tidak memilih tempat dan ketika.Jika peserta mendapat sakit,mungkin kerana perubahan alam sekelilinh seperti suhu dan cuaca.Ini tidak dapat kita tentukan dengan pasti.Tetapi kita patut bersedia untuk menghadapinya,dan bila sesuatu yang tak diingini terjadi ,kita tahu apa hendak dilakukan.

Dari segi pengurusan dan pengendalian.jumlah yang kecil tentulah lebih mudah diatur.Dua tiga orang teman lebih mudah dikawal daripada 100 orang yang tidak mengenali satu sama lain.

Tetapi kadang-kadang dua tiga orang teman boleh juga mendatangkan masalah lebih banyakdaripada 100 orang yang tidak dikenali.Terutama jika teman-teman itu tidak jujur,tidak mahu berterus terang,lebih mementingkan diri sendiri,kedekut,berkira atau mempunyai sifat-sifat yang tidak kita gemari.Kawan rapat boleh menjadi musuh di akhir perjalanan

Jika penyertaan melebihi 10 orang,cara paling baik menjaga keselamatan ialah dengan membahagikan mereka mengikut kumpulan kecil,antara 10-15 orang dalam satu kumpulan.setiap kumpulan pula ditugaskan dengan seorang ketua dan seorang sweeper.Ketua di hadapan kumpulan dan sweeper di belakang.

Memilih ketua kumpulan.

Ada dua cara untuk memilih ketua kumpulan .Pertama kita memilih sendiri dan kedua ahli-ahli memilih dari kalangan mereka.Akan tetapi biar cara mana sekalipun diamalakan,beberapa criteria perlu diberi perhatian.

1.Usia.Pilih ketua yang agak lebih tua sedikit daripada ahli ahli kumpulan.Semoga dia akan lebih dihormati dan teguran-tegurannya diberi perhatian.

2.Pengalaman dan pengetahuan,Ketua yang lebih tua tetapi tidak ada pengalaman menunggang tidaka kan dapat menjalankan tugasnya dengan betul.Jadi pengalaman lebih penting dari usia.Pengalaman pula bukan setakat berapa lama mempunyai lessen memandu,tetapi berapa kali dia pernah mengikuti ekspidisi,atau membuat perjalanan jauh secara berkumpulan.Dia juga harus mengendalikan motorsikal dengan cara yang selamat.

Tidak pula bermakna dia mestilah sehandal pelumba professional.Kalau dia seorang pelumba sekalipun,kalau tidak pernah mengikuti sebarang ekspidisi,belum tentu dia akan menjadi seorang ketua yang baik,kecuali telah mendapat latihan khusus.Menunggang atas trek tidak sama dengan atas jalan raya,lebih-lebih lagi secara beramai-ramai.atas trek tiada lori dan bas,tiada ayam dan itik,atau orang tua-tua dan kanak-kanak yang melintas.

Sementara pengetahuan pula ialah mengenai perkara-perkara yang bersangkut paut dengan ekspidisi itu sendiri.Apakah dia tahu kemana hendak dituju dan jalan mana yang akan diambil.Apakah dia arif tentang keadaan jalan yang bakal dilalui,di mana simpang,di mana lampu trafik,di mana perlu berhenti,di mana mengisi petrol dan sebagainya.

 

0 Responses to Panduan Berkonvoi[1]