UTP kata pergi, PENANG kata mari...

Untuk pos baru kali ni adalah preview kepada tempat fieldtrip kita, 23-25/3 nanti iaitu kat Pulau Pinang atau nama glamournya Penang. Jadi untuk preview ni akan diposkan beberapa keeping gambar kat Penang nun. Antaranya:-




Inilah pengangkutan laut yang masih lagi disediakan sebagai perhubungan dari seberang ke pulau iaitu feri. Mengikut cakap member aku yang study kt UiTM Penang, naik feri ni free ja, kalu dari Penang ke Seberang Perai. Kalu dari tanah besar kena cas sikit. Berapa tu dah lupa. Yang bestnya, feri ni ‘open air’ so leh la merasa angin laut masa naik feri ni.













Jambatan Pulau Pinang adalah satu jalan perhubungan bagi penduduk-penduduk kt Penang nu. Ia juga merupakan satu mercu tanda Pulau Pinang. Tapi yang tak bestnya, nak lalu, motor pon kena bayar tol. Apa da… Keta ja bayar cukup la. Jangan mintak kat motor sekali.





KOMTAR. Tempat untuk membeli belah baju, kasut,permainan dam macam-macam lagi laa.. kalo tak salah ia mempunyai 65 tingkat menempatkan pejabat-pejabat exco kerajaan negeri dan sekutu-sekutu yang sewaktu dengannya. Target kita, tangkap gambaq dengan motor berlatar belakang bangunan ni.. Hahahahaha…








Ni pulak gambar keretapi Bukit Bendera. Lagi satu tu, gambar dari atas Bukit Bendera. Rugi pi Penang tak naik Bukit Bendera. Nak merasa jugak naik keretapi warna merah putih tu. Hehehehe. Rasanya member-member kita tak pernah lagi naik keretapi sampai atas bukit.





Ni pulak kawasan pantai atau kampung nelayan kat Teluk Bahang. Tempat ni memang sesuai untuk Aikido a.k.a Jiwa Kacau a.k.a ryuga hideki melayan blues.. Hahahahaha.. Sambil main baling-baling batu kat laut nu, bleh jugak dia menjerit kuat-kuat pasai frust menonggeng..





Kalau pi Penang ni, tak sah kalu tak singgah kedai Nasi Kandaq (nasi yang paling berat di dunia, sampai kena kandaq). Banyak terdapat kat kawasan KOMTAR. Lepas kita posing sakan kat KOMTAR nu, leh la isi tangki kat kedai Nasi kandar. (gambar diatas adalah hiasan semata-mata). Lagi satu, tak sah jugak pi Penang kalau tak pekena Laksa Penang (feveret moderator), Pasemboq, ABC dan macam-macam lagi. So, kena la save duit banyak-banyak untuk fieldtrip nanti.



p/s: Apa-apa penambahan aktiviti / tempat time fieldtrip nanti bergantung pada belanjawan poket masing-masing. Sama-sama berdoa semoga kita tak pokai.. Amiiinn


Ihsan dari: InfoMalaya, forum KadazanDusun, Penang Hill

 

0 Responses to UTP kata pergi, PENANG kata mari...