JOURNEY TO BUKIT FRASER A.K.A. FREEZER [PART 1]

⊆ 12/13/2010 05:34:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »



Stesen minyak Shell jugak menjadi pilihan.. Nak pi PETRONAS tak mau..







Macam biasa, MoD jugak yang kena 'sabung nyawa' pegang kamera sambil bawak moto.. Hampeh toi~










Bru sampai kat Batu Gajah, sToPi da sound "Wei, cari tandas jom.. Pundi kencing aku cam nak meletup dah ni." Pulaakkkk..!!!!










Sebenaqnya, RXZ stopi ni baru lepas tukaq piston. Maka untuk journey kali ni, speed limit beliau cuma 90km/jam. Sungguh pun pundi kencingnya nak meletup, namun laju tetap 'menten' limit jugak.. 








Akhirnya,tandas Kellie Castle menjadi tempat persemadian 'baja urea' sToPi.. Moga-moga kawasan ini terus subur dengan pokok-pokok yang gemok dan sihat serta mendapat pelancong yang ramai berkat daripada 'baja urea' beliau~







"Wokey,pundi kencing aku da kosong. Jom pi ligan sang belang (FiReBoLt)."









Antara part yang malang dalam konvoi kali ni adalah speed limit. Belang FiReBoLt tak leh bawak kurang daripada 110km/jam, tapi RXZ buruk sToPi tak leh lebih 90km/jam. Maka yang menjadi mangsa adalah 135LC MoD yang terpaksa bawak 100km/jam ja untuk seimbangkan antara kedua-duanya. Bapak boring bawak 100km/j ja. Bawak 120km/j pon boring.



 

Journey to Bukit Fraser a.k.a. Freezer [Prologue]

⊆ 12/12/2010 08:38:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Al-kisah pada khamis malam jumaat, 9 Disember, CaRbUriDeRz yang masih ada kat kampus plan kuar makan kat Sabilah. DaRkPeAcE, SiLeNcEr, FiReBoLt dan StOpi de reUkiFoS ja yang datang,kira 4 orang la. Ketika acara makan-makan tu, pelbagai perkara dibincangkan terutamanya konvoi yang dok tertangguh dekat setaun. Waktu tu, SiLeNcEr selaku planner bagi konvoi yang lepas di'fire' kaw-kaw oleh mereka dan keluarga mereka disebabkan plan yang sering tak jadi,pasai bangun tidoq lambat. Disebabkan ketensenan yang amat sangat, beliau telah mengeluarkan kata-kata hikmatnya:

 

"Ok la... Sok kita pi Bukit Fraser, gerak pukui 8. Kalu tak jadi, hangpa bleh ambik mana-mana part kat moto LC aku tu, pi juai. Duit buleh kat hangpa.."

 

Maka berikut adalah feedbacknya:

 

DaRkPeAcE = takleh join,malam ni dia bakal berangkat ke Penang,kenduri member kawen katanya.

 

Stopi = On ja, no problem

 

FiReBoLt = On jugak, tapi ada problem. Dia kena delaykan dulu kepulangan ke rumahnya yang sepatutnya pagi sok. Ntah apa alasan dia nak bagi kat parent dia tuh~

 

Balik malam tu, semua tak leh tidoq. Masing-masing dok pikir, leh jalan ka dak plan pagi sok. Dah setaun konvoi takda,takut badi tidoq selepas subuh masih menghantui kami semua seterusnya menggagalkan plan malam ni. Last-last, smua padam atas katil jugak kecuali FiReBoLt yang membuang masa surfing menda-menda tak berpekdah (surfing kad magic dia la.. Benda tu menyebabkan hidupnya dikelilingi utang)

 

Akhirnya,pagi yang ditunggu telah tiba. Tak dijangka,semua ahli ekspedisi (3 orang ja pon) berjaya wake up dan tak tido balik sampai pukui 8. Satu permulaan yang memberansangkan. Lepas setup barang, panas enjin moto, konvoi pon berlepas dari kampus ke stesen minyak dulu (moto kena bagi minum dulu beb). Sarapan untuk tuan moto diabaikan sebab semua dok excited, pasai ni la konvoi yang pertama kali selepas setaun kekeringan aktiviti. Maka akan bermula satu perjalanan yang bakal meninggalkan 1000 kenangan dalam idup ahli ekspedisi. Yabedabeduuu~

 

Kisah Mat Rempit lagi~

⊆ 11/26/2010 10:40:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Pada satu hari dalam bar terdapat la satu mat rempit minum kat sana. Bila dia habis minum dia pun keluar dari bar tu. Tak sampai 10 saat dia terus masuk kedalam bar itu semula dan menjerit "Siapa hantu yang curi motor aku harr!!!??? Aku tau dia kat sini. Dengar sini, saya akan minum satu lagi cawan air, bila aku keluar semula aku nak tengok motor aku kat sana, kalau tak saya akan buat apa rempit buat, dan saya tak suka buat apa rempit buat, faham!?"

Rempit tu pun pesan satu cawan air, dan bila dia keluar nak tengok motor dia, motor dia pun ada di sana, kat tempat asalnya. Pelayan yang lihat motor dia yang kembali pun tanya dia la "Aku nak tahu bang, apa yang rempit buat kalau motor hilang?"

Rempit tu pun kata:










"Kena jalan balik la".