Journey to Bukit Fraser a.k.a. Freezer [Prologue]

Al-kisah pada khamis malam jumaat, 9 Disember, CaRbUriDeRz yang masih ada kat kampus plan kuar makan kat Sabilah. DaRkPeAcE, SiLeNcEr, FiReBoLt dan StOpi de reUkiFoS ja yang datang,kira 4 orang la. Ketika acara makan-makan tu, pelbagai perkara dibincangkan terutamanya konvoi yang dok tertangguh dekat setaun. Waktu tu, SiLeNcEr selaku planner bagi konvoi yang lepas di'fire' kaw-kaw oleh mereka dan keluarga mereka disebabkan plan yang sering tak jadi,pasai bangun tidoq lambat. Disebabkan ketensenan yang amat sangat, beliau telah mengeluarkan kata-kata hikmatnya:

 

"Ok la... Sok kita pi Bukit Fraser, gerak pukui 8. Kalu tak jadi, hangpa bleh ambik mana-mana part kat moto LC aku tu, pi juai. Duit buleh kat hangpa.."

 

Maka berikut adalah feedbacknya:

 

DaRkPeAcE = takleh join,malam ni dia bakal berangkat ke Penang,kenduri member kawen katanya.

 

Stopi = On ja, no problem

 

FiReBoLt = On jugak, tapi ada problem. Dia kena delaykan dulu kepulangan ke rumahnya yang sepatutnya pagi sok. Ntah apa alasan dia nak bagi kat parent dia tuh~

 

Balik malam tu, semua tak leh tidoq. Masing-masing dok pikir, leh jalan ka dak plan pagi sok. Dah setaun konvoi takda,takut badi tidoq selepas subuh masih menghantui kami semua seterusnya menggagalkan plan malam ni. Last-last, smua padam atas katil jugak kecuali FiReBoLt yang membuang masa surfing menda-menda tak berpekdah (surfing kad magic dia la.. Benda tu menyebabkan hidupnya dikelilingi utang)

 

Akhirnya,pagi yang ditunggu telah tiba. Tak dijangka,semua ahli ekspedisi (3 orang ja pon) berjaya wake up dan tak tido balik sampai pukui 8. Satu permulaan yang memberansangkan. Lepas setup barang, panas enjin moto, konvoi pon berlepas dari kampus ke stesen minyak dulu (moto kena bagi minum dulu beb). Sarapan untuk tuan moto diabaikan sebab semua dok excited, pasai ni la konvoi yang pertama kali selepas setaun kekeringan aktiviti. Maka akan bermula satu perjalanan yang bakal meninggalkan 1000 kenangan dalam idup ahli ekspedisi. Yabedabeduuu~

 

0 Responses to Journey to Bukit Fraser a.k.a. Freezer [Prologue]