JOURNEY TO BUKIT FRASER A.K.A. FREEZER [PART 3]
Al-kisahnya,bila da sampai ke jalan nak naik ke Bukit Fraser,kena tunggu turn / shift penggunaan jalan masuk pasal jalan nak ke sana tu kecik ja,sehala plak tu. Sempat la untuk melepaskan penat race naik bukit sambil menantikan si FiReBoLt yang tak sampai-sampai lagi (which means kalah & out from the race). Kalau nak tau shift naik ke sana,refer sini jadualnya.
Keta camry ni kerek gila,tak bagi can langsung abang sToPi kita potong dia
Tengok kat sini tulih 1 KM ja..tapi nak sampai sana tu lama gila
Bila sampai ke atas,benda 1st yang kita akan jumpa signboard tempat penginapan. Merata-rata ada. Jadi mudah la nak mencari. Tapi awas!! Sila tempah dulu sebelum anda melancong ke sini kerana kami menghadapi masalah tersebut yang akan diceritakan nanti.
Jika risau akan tersesat di sana,don’t worry beb!. Signboard map bukan men lagi besaqnya depa pacak kat sana,depan Shahzan Inn. Lagipun buleh ja pi bedai handout kat motel berdekatan,banyak plak tu.
Problemnya sekarang,3 orang ni plan & naik Bukit Fraser tanpa buat tempahan,so masing-masing mati kutu nak cari tempat tidoq. SiLeNcEr cadang tidoq kat surau ja,dengan 2 orang membuat bantahan (bukan sokongan!!) “Tu la,aku dah habaq dah..suh bawak khemah tak mau. Dok simpan dalam locker wat perkasam watpa.” sToPi emosional.
sToPi emo di tangga surau~
Mungkin ni la hikmahnya orang yang ati sentiasa terpaut kat masjid @ surau. Tyme dok bergadoh kat situ masa nak solat,nampak ada iklan promote bilik untuk disewa. Alhamdulillah, ada pertolongan yang maha Esa. sToPi dengan segera meminjamkan henpon lipat liatnya untuk wat calling. Call punya call, nego punya nego, dapat la 1 bilik untuk disewa yang keadaanya tak tau lagi camna.
Bila sampai kat kawasan penginapan tu,terkejut bukan men. Rumahnya besar tahap gaban. Kami dipahamkan kami adalah penyewa tunggal di situ,sebab ada orang yang dah tempah sebelum ni cancel last minit kes ahli rombongan depa meninggal dunia. Rasa takut pon ada,tengok pon dah macam istana hantu. Kena buat bacaan Yasiin nampaknya malam ni!!
Kalu aku cakap bilik ni harga RM80 ja semalam hangpa caya dak?? Besar beb,ada bilik air,tandas dan air-cond percuma (dah atas ni memang sejuk,kompem la percuma). Cuma yang tak best pasai bilik air dia,betul-betul depan shower ada tingkap. Tingkapnya mengadap jalan raya. Walaupun ada langsir yang akan cover nudity orang yang mandi, tapi dia cuma cover view daripada pusat dan keatas sahaja (which means orang yang lalu lalang akan nampak dari pusat ke bawah tanpa tau identiti anda). So agak tak guna jugak la langsir tu.
FiReBoLt sedang conquer TV depan ruang tamu. Dalam istana ni ada 16 bilik,tapi terpaksa kongsi 1 ruang tamu. Namun hanya kami saja penyewanya untuk hari ni dan esok. Kira bayar RM80 untuk sewa 1 istana la senang cerita. Hahahaha...berbaloi~
sToPi tidak emo lagi setelah mendapat 'rumah' baru..yang tinggal hanya ketakutan pabila malam menjelma nanti~
August 22, 2012 at 5:53 PM apa nama resthouse tu??
October 1, 2012 at 11:15 AM Bro, ape nama istana tu? Contact?