Kembara ke Cameron Highlands [2]

Sambung daripada posting lepas, bila dah sampai kat sempadan, minyak moto Deen dah takat merah. Tapi pekan Brinchang, stesen minyak terdekat jauh lagi, dalam 20KM. So dengan tawakal yang tinggi, konvoi pon jalan ja sampai moto berenti sendiri. Bila dah masuk Kampung Raja, jalan sedikit jammed, sesak dan sempit plus berbukit. Beberapa kali jugak Deen brek mengejut sebab ikut belakang kereta rapat sangat. Kereta plak men tekan brek suka ati dia ja.

Namun, sampai di 1 pekan tu, kesejukan sampai ke tulang sumsum ni tak dapat nak tahan dah. Semua pakat berenti tepi jalan, nak ilangkan kramp dan sejuk. Yang pakai kasut bukak kasut dengan stoking, yang pakai baju selai selimut dengan kain tuala nak bagi panas balik. Aku pulak ambik inisiatif ronda ke kawasan berdekatan, cari kedai makan. Lapaq tahap cipan tak makan seploh ari nih. Dah la tak sarapan pagi, pukul 4 petang, perut still tak isi apa-apa lagi.

Rupa-rupanya kedai makan ada depan sikit ja. Tapi yang tak bleh blahnya, salah seorang pelayan dia nampak cam pondan (lelaki menjadi perempuan). Dah la pakai tudung, mekap tebai lak. Aku perasan time nak order teh panas.

”Kak, bagi teh panas satu.”

”Ok, bungkus ke minum?” (dengan suara yang dalam n garau)

”Wei Deen, ko agak la, waiter tu laki ka pompuan?”

”Ntah la, aku usha tengok, ada ’barang’. Tapi apsal suara dia lain macam ja?!”

Nak makan pon tak lalu bila dah jadi camtu. Tapi lapaq punya pasal, bedal je la. Kang kebulor tengah jalan lak. Tapi lauk kedai tu leh tahan gak sedap dia. Harga makan pun murah, RM 4 ja.

Ni la kedainya. Memang takkan singgah lagi kedai ni. Horror beb.


Muka - muka kesejukan. Basah 80% + angin sejuk. Siap keluar asap dari mulut lagi. Macam duduk kat oversea.


Nasib kami baik sebab terserempak dengan Mat Pa and the gang yang naik kereta. Maka ditolongnya menempah akan rumah rehat untuk kami, dekat ja dengan bilik rehat rombongannya, 1malam RM80 + Astro. Layan ja la. Mula – mula bajet nak tido kat masjid, nak saving. But pikir balik, sejuk nikmat, nak mandi air panas, nak tengok tv so accept ja decision duduk kat rumah rehat.


Malam tu ada 3 orang yang gila sticker. Moderator tak termasuk sebab dia tak layan sticker-sticker murahan ni. Hahaha. (Sebenarnya dia plan nak tukar cover set, so rugi ja beli sticker awal-awal). Maka ada la beberapa sticker yang sempat di snap tatkala upacara minum malam / pemanas badan.




Deen mengaktifkan mata "sharingan" dia kepada penulis kerana penulis kutuk stiker dia kaw2 punya. Kesudahannya, penulis terbaring kesejukan dek "mangekyo sharingan" beliau

Suasana malam di Cameron Highlands. Banyak kedai dah tutup. Angin malam dia sejuk, sampai keluar asap dari mulut kalu tengah cakap. Macam kat oversea.


FiReBoLt sakit perot, teroverdose nescafe time upacara pemanas badan.


Abih ja meronda kat pekan Cameron yang sejuk tu, kami ambik keputusan untuk balik ke bilik. Sok nak jalan jauh lagi ni. Malam ni Astro da crita best + katil yang sedap dan empuk + kain selimut tebal yang memang syok time sejuk-sejuk ni. Malam tu semua tido lena, kecuali DaRkPeAcE yang menahan marah kat FiReBoLt disebabkan dia conquer katil, DarkPeAcE tak leh tido atas katil. Last - last landing atas lantai la jawabnya. Tak berbaloi bayar sorang RM 20 but the result is tido atas lantai.

 

0 Responses to Kembara ke Cameron Highlands [2]