Sponsor Certificate




CaRbuRiDeRz telah mengorak langkah dalam bidang pemasaran dengan menaja IRC OPEN DAY 09 yang dilangsungkan di Information Resource Centre Universiti Teknologi Petronas pada 11/2/2009. Menurut Pengarah Pemasaran dan Penjenamaan, Mr. Kay-Syafiq dengan tajaan dan sumbangan kepada event ini akan membantu mempromosikan jenama CaRbuRiDeRz disamping penjualan FUEL SAVER yang agak menggalakkan. Beliau juga mengharapkan agar kumpulan ini dapat menyertai mana-mana program bermanfaat yang dianjurkan oleh badan-badan pelajar dan persatuan di UTP. "Kita berharap dengan penyertaan ini akan membantu dalam promosi dan penjenamaan kumpulan ini dan selaras dengan impian saya untuk menjadikan kumpulan ini bukan sahaja kumpulan motor yang hanya berkonvoi, malah sebagai syarikat yang mampu memasarkan produk-produk yang memberi manfaat. Sambutan kepada FUEL SAVER agak menggalakkan walaupun harga minyak pada masa sekarang masih murah, saya yakin permintaan terhadap FUEL SAVER ini akan meningkat jika harga minyak naik. Jadi, tunggu dan lihat sahaja."

 

0 Responses to Sponsor Certificate