Dana Sumber Demi Hafiz dilancarkan!!!!

⊆ 3/13/2012 08:34:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »



Untuk pengetahuan anda semua,inilah pemilik wajah kepada DaRkPeAcE. Namun hujan takkan sampai ke petang, panas muncul di tengah hari. Inilah keadaan beliau pada masa sekarang...



Cerita sebenar berkenaan apa yang menyebabkan terjadinya perubahan diatas tertulis di bawah~


MOHD ABDUL HAFIZ B. ABU TAHIR

OP (Old Putra) Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada Ogos 24hb 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik-beradik. Hafiz ialah anak yang kelima.. selain 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa umur 5 tahun. Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA. Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semenchu, Kota Tinggi sejak 1977. Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semenchu sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di Kompeni Foxtrot. Selepas perbarisan tamat latihan di MTD pada tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ketiga dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki.

TAK SEMENA-MENA TRAGEDI MELANDA…

TRAGEDI

Tragedi melanda pada petang Selasa, Mei 24, 2011. Hafiz dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari cenuram, pada terjunan ketiga atau keempat, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang berada di pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Mereka bergegas menarik beliau keluar dari dalam air laut.Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tidak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. Hafiz serta merta dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.

MIMPI NGERI RAWATAN

Pada Jun 9,2011, Hafiz menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail, selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana tidak terperi kerana tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya pasrah kepada Allah. Pembedahan berjaya. “Anterior Plating” dipasang dan penggraftan tulang dilakukan.

Hafiz telah didiagnos mengalami “Fraktur ledak C6 dengan defisit Neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intrakranial dan ulser tekanan pada kawasan Gluteus”. Menurut laporan Surgeri olah Dr. Wan Noor Azlizana Mamat, Jabatab Ortopedik ” Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan sama ada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat”. Hafiz telah berada di hospital selama dua setengah bulan.

MASA DEPAN HAFIZ?

Hafiz terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. keadaan medicalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa ” lumpuh dan terlantar sakit di atas katil sepanjang hayat” merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan Hafiz dan keluarga tersayang.

Universiti Teknologi Petronas amat prihatin, UTP telah membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan Hafiz yang berjumlah sekitar RM 25000. Beberapa sumbangan telah diterima dari OP (Bekas Penuntut Maktab Tentera Diraja) sebanyak RM 6820. Kebanyakannya daripada usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hafiz.

NAMUN… HAFIZ perlukan lebih dari ini.

Tabung “SUMBER DEMIHAFIZ”

Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup Hafiz. Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada tabung ini. Sumbangan boleh dimasukkan kedalam akaun bank :

SUMBER DEMIHAFIZ

CIMB : 14160001103109

Berdoa agar Hafiz sembuh.

Allah Maha Penyayang.


Credit to this link

 

Tahniah buat ReUk a.k.a sToPi

⊆ 1/18/2012 01:45:00 AM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Dimaklumkan bahawa sToPi telah mendapat placement di Petronas Gas Bhd. di Kerteh, Terengganu. Nampaknya beliau akan menyambung pengembaraan CaRbUriDeRz di kawasan pantai timur dimana sehingga hari ini masih belum jadi lagi journey tersebut.

Pihak admin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau dalam kerjaya. Moga-moga lekas kahwin dan pakai kereta. Moto rXz boleh dilongkangkan ke dalam terusan Wan Mat Saman atau pun ditenggelamkan kat mana-mana pantai sepanjang Terengganu tu.. Hahahaha~

 

Kembali setelah lama menyepi

⊆ 12/26/2011 07:56:00 PM by CaRbuRiDeRz.... | ˜ 0 komplen »

Assalamualaikum semua..


Setelah lama menyepi akibat futur dalam perjuangan,admin berusaha keras untuk kembali aktif update blog..Sepanjang post yang terakhir 12/3/2011 sehingga ke hari ni, 26/12/2011,banyak peristiwa yang berlaku kepada ahli2 carburiderz semua.. Antaranya:-

- Konvoi terakhir kami, ke Kota Tinggi melawat rumah DaRkPeAcE..

- DaRkPeAcE ditimpa kemalangan,yang telah meragut keupayaannya untuk bergerak dengan sempurna seperti bermotor seperti dulu..

- Semua ahli Carburiderz tamat bergraduasi setelah berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah dalam masa 2 tahun.

- Laptop admin dicuri semasa di Tebrau ketika menziarahi DaRkPeAcE di Hospital Tebrau kerana kemalangan.. Habis artikel2 yang sepatutnya dipost dalam blog hilang begitu saja termasuk gambar2 kenangan..

- Handphone admin, N97 mini Nokia tercicir di atas highway PLUS otw dari KL ke Ipoh..Kesudahannya,admin rugi RM750 beserta beberapa gambar kenangan konvoi terakhir...

- Saudara Deen WanTuPai / Deen berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai Jurutera Takungan a.k.a Reservoir Engineer di PETRONAS (tahniah!!!). Moto beliau terus menjadi tukun di rumah (engineer PETRONAS mana layan moto kapcai beb,layan LRT je). Yang lain masih menganggur dan menunggu placement daripada pihak PETRONAS. Alhamdulillah, FiReBoLt & AiKiDo dapat status reccommend daripada PETRONAS dan masih menunggu panggilan..

Sekadar itu sahaja perkembangan terkini ahli-ahli Carburiderz. InsyaAllah di post yang seterusnya,akan diceritakan dengan lebih lanjut peristiwa2 yang dicoretkan di atas. Wassalam~