Yamaha 125Z

Yamaha 125Z adalah daripada kelas underbone cub, dilengkapi oleh enjin 2 lejang 125cc(seperti sedia maklum bahawa enjin 2 lejang mempunya kuasa berganda dari enjin 4 lejang). Memasuki pasaran Malaysia pada awal 1997(jika tak silap), ia mendapat sambutan yang hangat daripada pembeli-pembeli di Malaysia. Memiliki prestasi maksimum dalam setiap aspek, enjin 125cc yang berkuasa tinggi, double brake disc pada depan dan belakang tayar, ekzos ‘catalyzer’ dan rekaan aerodinamik yang cantik, memenuhi citarasa bagi kelas motosikal tersebut(tentulah salah satu prestasi maksimumnya adalah penggunaan minyak yang banyak). Untuk keluaran pertama, ia dikeluarkan bersama rim biasa berukuran 17 inci. Meskipun warna penampilannya agak pudar dan kurang menarik, namun disebabkan prestasi enjinnya maka sambutan yang diberikan oleh remaja-remaja di Malaysia amat menggalakkan.

Namun kebanyakan remaja-remaja di Malaysia suka membawa motosikal jenis ini dengan kelajuan yang tinggi dan membuta-tuli, samada di bandar mahupun jalan kampung. Bunyi bising daripada ekzos motosikal ini juga amat mengganggu ketenteraman, namun ia boleh menyebabkan penunggangnya tambah ‘terbakar’. Bukan sahaja digunakan untuk berlumba, motosikal ini juga menjadi pilihan mereka bagi menunjukkan kebolehan masing-masing seperti mengangkat tayar depan(wheelie), mengangkat tayar belakang(wheekang), burn-out(mengasah tayar belakang hingga berasap), dan pelbagai lagi ‘skill-skill’ yang berbahaya. Disebabkan itu, gelaran ‘Mat Rempit’ telah tersebar sehingga ke satu Malaysia. ‘Mat Rempit’ dirujuk sebagai penunggang yang menunggang motosikal secara laju dan berbahaya.




Yamaha 125 1st edition



'Signal Lamp' keluaran pertama berwarna oren kekuningan



Keluaran terbaru 125ZR, dengan 'signal lamp' dan lampu belakang 'colourless', warna 'cover set' yang lebih menyerlah

Specification


Chassis
Overall length x width x height 1,900 x 675 x 1,035 mm
Seat Height 752mm
Wheel base 1,250 mm
Minimum Ground Clearance 135 mm
Dry weight 101 kg
Battery YB3L-B
Frame type Twin steel tube, Underbone
Castor Angle / Trail 27° / 82 mm
Fuel tank capacity 5.5 liter
Headlight 12V 25W/25W

Engine
Engine type Air-cooled 2 stroke
Cylinder arrangement Forward inclined single cylinder
Displacement 124.3 cc
Maximum Power (ISO) 17.5 ps / 8000 rpm
Maximum Torque 1.65 Kgf-m / 7500 rpm
Starter system Kick start
Lubrication system Autolube
Engine oil capacity 1.2 liter
Carburation VM22 SS
Ignition system Digital-advanced magneto type CDI

Transmission type Constant mesh 6-speed
Clutch type Wet, multiple disc

Brake
Front Single disc brake
Rear Single disc brake

Tyre
Front 70/90-17 38P
Rear 80/90-17 44P

Suspension
Front Telescopic fork
Rear Swing arm (monocross)


Sumber: Yamaha Bike, MotoMalaya, Chin Hin.

 

0 Responses to Yamaha 125Z