Dana Sumber Demi Hafiz dilancarkan!!!!



Untuk pengetahuan anda semua,inilah pemilik wajah kepada DaRkPeAcE. Namun hujan takkan sampai ke petang, panas muncul di tengah hari. Inilah keadaan beliau pada masa sekarang...



Cerita sebenar berkenaan apa yang menyebabkan terjadinya perubahan diatas tertulis di bawah~


MOHD ABDUL HAFIZ B. ABU TAHIR

OP (Old Putra) Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada Ogos 24hb 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik-beradik. Hafiz ialah anak yang kelima.. selain 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa umur 5 tahun. Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA. Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semenchu, Kota Tinggi sejak 1977. Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semenchu sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di Kompeni Foxtrot. Selepas perbarisan tamat latihan di MTD pada tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ketiga dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki.

TAK SEMENA-MENA TRAGEDI MELANDA…

TRAGEDI

Tragedi melanda pada petang Selasa, Mei 24, 2011. Hafiz dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari cenuram, pada terjunan ketiga atau keempat, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang berada di pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Mereka bergegas menarik beliau keluar dari dalam air laut.Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tidak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. Hafiz serta merta dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu.

MIMPI NGERI RAWATAN

Pada Jun 9,2011, Hafiz menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail, selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana tidak terperi kerana tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya pasrah kepada Allah. Pembedahan berjaya. “Anterior Plating” dipasang dan penggraftan tulang dilakukan.

Hafiz telah didiagnos mengalami “Fraktur ledak C6 dengan defisit Neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intrakranial dan ulser tekanan pada kawasan Gluteus”. Menurut laporan Surgeri olah Dr. Wan Noor Azlizana Mamat, Jabatab Ortopedik ” Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan sama ada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat”. Hafiz telah berada di hospital selama dua setengah bulan.

MASA DEPAN HAFIZ?

Hafiz terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. keadaan medicalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa ” lumpuh dan terlantar sakit di atas katil sepanjang hayat” merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan Hafiz dan keluarga tersayang.

Universiti Teknologi Petronas amat prihatin, UTP telah membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan Hafiz yang berjumlah sekitar RM 25000. Beberapa sumbangan telah diterima dari OP (Bekas Penuntut Maktab Tentera Diraja) sebanyak RM 6820. Kebanyakannya daripada usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga Hafiz.

NAMUN… HAFIZ perlukan lebih dari ini.

Tabung “SUMBER DEMIHAFIZ”

Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup Hafiz. Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada tabung ini. Sumbangan boleh dimasukkan kedalam akaun bank :

SUMBER DEMIHAFIZ

CIMB : 14160001103109

Berdoa agar Hafiz sembuh.

Allah Maha Penyayang.


Credit to this link

 

0 Responses to Dana Sumber Demi Hafiz dilancarkan!!!!