JOURNEY TO BUKIT FRASER A.K.A. FREEZER [PART 2]









Tiba di RnR Tapah,FiReBoLt sempat lagi tidoq menunggu 2 bijik moto yang amat lembab ini (katanya la). Nasib bek ‘cameraman’ bawak bekalan makanan untuk sarpan rini,kalu dak kebuloq sorang-sorang ahli xpdc. FiReBoLt yang memang terkenal dengan kuat makannya segera mengambil turn pertama untuk membedal roti berintikan planta dan jem strawberi ini. Makanan free la katakan~



Perjalanan kami bertiga diteruskan semula selepas acara melantak dan moto minum minyak secukupnya. Next destination is RnR Ulu Bernam,plan nya lunch kat situ sebelum exit kat Tanjung Malim yang hanya 1.5 KM daripada RnR tu (Gambaq ni di ambik masa 10KM lagi nak sampai kat RnR tu, harap maklum). Kat RnR Ulu Bernam tu jugak, sempat kami landing beramai-ramai dekat sejam kat pondok perhentian, kes tak cukup tidoq daripada semalam.






Pukul 12.30 tengah ari, sampai jugak ke simpang masuk KKB and Bukit Faser. Disebabkan ari tersebut adalah jumaat dan kami musafir selepas waktu subuh, otomatik kami wajib solat jumaat ritu, tak leh wat zohor. Maka dengan itu, ‘cameraman’ lead geng xpdc ke masjid berhampiran kat pekan KKB (cameraman dah biasa kat KKB, al-maklum la penah datang sesi penamaan calon PRK Hulu Selangor sebelum tu)







Selesai solat jumaat + jamak solat asar skali, perjalanan diteruskan ke trek yang lebih mencabar lagi, trek berbukit beb, jalan cam ular kena palu. Masing-masing mula memperagakan skill pancung tersendiri, sehinggalah ‘cameraman’ pekik “Berenti woi, aku nampak ikan duyung kat tengah tasik nih.” “Mana?? Mana??” 2 ekor jakun ni segera berhenti dan mata melilau ke tengah tasik dek mempercayai penipuan yang sangat berjaya oleh ‘cameraman’ yang tak bertanggungjawab nih. Bukti kejakunan mereka seperti di gambar.










Setelah itu, bermula lah perlumbaan sesama geng xpdc memperagakan skill pancung tersendiri. Seriously, jalan ke bukit fraser lebih tricky, mencabar, dan bahaya berbanding jalan ke Cameron Highland. Dengan corner yang tajam, jalan yang berpasir, kereta yang bleh datang dengan tidak diduga. ‘Cameraman’ juga tidak terkecuali berada di hujung tanduk bila mana sikit lagi nak cium bumper depan keta proton iswara ketika mana mengejar sToPi dalam perlumbaan. Disebabkan proton iswara tersebut bukanlah cinta sejati ‘cameraman’, maka tiadalah ciuman-ciuman yang berlaku dan selamatlah nyawa ‘cameraman’ yang sepanjang perjalanan terancam kerana sambil bawak moto pegang kamera. FiReBoLt plak, macam biasa, Cuma jaguh kampung (highway) smata-mata. Moto beliau tidak ada pikap di jalan berbukit dan ditambah lagi dengan skill pancung taraf rookie, menambahkan lagi ke’looseran’ beliau pada perlumbaan tersebut. Keputusannya, sToPi berjaya menggondol kejuaraan raja pancung bukit fraser, diikuti rapat oleh SiLeNcEr, manakala FiReBoLt disqualified kerana ketinggalan terlalu jauh (tidak melepasi limit masa yang ditetapkan untuk ketinggalan)

 

0 Responses to JOURNEY TO BUKIT FRASER A.K.A. FREEZER [PART 2]