Berita Sedih Lagi

Pada hari sebelumnya, kita telah mendapat khabar sedih dari Deen WanTuPai. Tapi kali ini ada juga seorang lagi rakan kita yang bernasib malang iaitu FiReBoLt. Apakah nasib malang yang beliau hadapi??!! Untuk pengetahuan semua, komputer 'tukun'nya telah rosak dengan segala data-datanya corrupt seperti sesetengah pemimpin masyarakat sekarang. Semua ahli sedia maklum akan ke'pelik'an keadaan ini kerana si FiReBoLt dah lama tak online Gtalk beliau. Begitu juga dengan 'Facebook'nya, sudah tiada lagi update berkenaan game Fishville yang menjadi kegilaan beliau sehingga mana mahu ponteng kerja semata-mata mahu bermain Fishville.

Oleh itu sebagai seorang Moderator yang prihatin dengan kebajikan ahli, saya menyeru kepada semua agar berdoa agar FiReBoLt turut sama dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selepas ini agar beliau mempunyai duit yang lebih untuk membaiki komputernya dan dapat online Gtalk semula sambil bermain Fishville siang dan malam. Untuk pengetahuan semua, FiReBoLt berada di tahap kepokaian yang amat sangat setelah angkat 'Suzuki Belang' yang langsung tak berbelang tu. Ketahuilah doa-doa anda sangat mustajab kerana baru 2 hari lepas saya menyeru anda semua mendoakan agar rezeki Deen WanTuPai dilimpahkan, esoknya dia menunjukkan penyata akaunnya yang mencecah RM 2k. Entah hamba Allah mana yang buta atinya transfer sampai RM 2k ke dalam akaun Deen. Apa pun, doa-doakan RM2k yang menjadi milik Deen sekarang turut sama menjadi milik FiReBoLt kelak. Akhir kata, majulah rempit untuk FiReBoLt demi Fishville 24 jam dan juga komputer 'tukun'nya. Wassalam~


Keadaan komputer FiReBoLt yang agak nazak. Adakah anda masih tak bersimpati terhadapnya setelah melihat gambar ini???!!!! Kawan-kawan, hulurkan duit, hulurkan pelempang sorang dua sebagai pengajaran atas ketidakpandaiannya menjaga komputer sendiri...

 

0 Responses to Berita Sedih Lagi