Kembara ke Cameron Highland [1]
Malam jumaat, FiReBoLt pm aku, “woit, jom pi Cameron Highland sok.”
“Leh gak, sok cuti. Nak ajak sapa lagi?”
“Ajak la DaRkPeAcE ka, MaMaT ka.”
“StOpi camna?”
“Dia exciden, moto dia rosak.”
“So, takkan 3 orang ja?”
"3 pon 3 la. Nanti aku roger yang len.”
Dipendekkan cerita, DaRkPeAcE setuju dengan plan ni. Tapi MaMaT tak dapat join. Alasan dia ”Moto aku tu eksiden banyak kali. Banyak tempat nak kena setting.” Kesian kat hang MaMaT, moto hang tu, dari start beli, sampai la, tak penah nak menyenangkan hang, menyusahkan hang ada la. Rosak sana, rosak sini, eksiden sana, eksiden sini. Tukaq moto baru la senang cerita. Ayat StOpi plak ”Hangpa time aku eksiden baru nak plan best-best. Time aku dengan moto dok elok tak mau plan pon.” Bajet Ayat sedih lak.
Trip kali ni beruntung kerana ada orang baru join, Deen 125 nama dia ataupun lbey dikenali dengan din wantupai. Hahaha. Deen join pon pasai dia kesunyian ditinggalkan rumate dia, Skar yang balik umah sempena cuti Deepavali. Ni 1st time Deen nak jalan jauh. Selalunya setakat Ipoh ja paling jauh dia penah sampai.
Sebelum tu, singgah solat jumaat kat masjid Simpang Pulai. Ada 1 perkara melucukan masa solat, time imam baca khutbah. Masa dia bagi salam sebelum mula khutbah, suara dia sederhana n macho. Tapi bila dia start bagi khutbah, jerit macam makmum duduk 2KM dari tempat dia cakap. Dah la duduk saf depan, speaker betoi2 depan muka. Berdesing telinga aih.
0 Responses to Kembara ke Cameron Highland [1]
Post a Comment