Marilah sama-sama kita mengucapkan salam takziah kepada kekasih beliau dan berdoa kepada tuhan moga-moga rezeki Deen dilimpah ruahkan selepas ini agar beliau cukup duit untuk membeli CDI baru secepat mungkin agar tak terlepas konvoi ke Bukit Fraser penghujung bulan ini. Untuk makluman semua, sekarang ini beliau tidak mempunyai simpanan untuk beli CDI disebabkan semua wang dihabiskan untuk upgrade komputernya lantaran pemikiran beliau yang diracuni oleh ejen-ejen perosak seperti Rafael dan Shukri Ahmad Tajudin yang merupakan kipas susah mati DOTA. Moga performance motonya selepas CDI baru ni masih seperti dulu; slow, asap banyak, bunyi saja ganas sedang hakikatnya rubbish agar moto beliau senang dipintas ahli-ahli yang lain terutamanya Moderator yang low-profile gitu...

Deen bersama motonya ketika kedua-duanya masih sihat dan mesra
No comments:
Post a Comment